Isnin, 17 Mac 2014

Manusia Biasa

Jangan terlalu menyukai,
Jangan terlalu mengagungkan,
Jangan terlalu memuliakan,

Kerana dia manusia biasa.

Andai kamu ketemu kelemahannya,
Andai kamu ketemu kesilapannya,
Andai kamu ketemu dosanya,

Pasti kamu kecewa,
Pasti kamu tak dapat menerimanya,
Dan paling bahaya jika kamu tetap mempertahankan kesalahannya.

Kerana yang batil tetap batil.
Dia juga manusia biasa.
Aku dan kamu juga sama.

Manusia biasa.

#keepprayforMH370

Khamis, 13 Mac 2014

MH370

Assalamualaikum wbt. 

Sudah enam hari negara kita digemparkan dengan satu peristiwa menyedihkan hati, yang saya pasti membuatkan seluruh rakyat Malaysia turut bersedih.

Kehilangan kapal terbang MH370 sewaktu penerbangan ke Beijing dari Malaysia yang membawa 230 orang penumpang masih menjadi misteri. Banyak spekulasi di buat seperti kapal terbang tersebut telah dirampas pengganas, telah terhempas di vietnam dan yang terbaru terhempas di selat melaka dan ada penduduk kampung yang melaporka  melihat sebuah kapal terbang yang terbang rendah dan ekornya terbakar. Wallahualam. 

Tapi,apa yang perlu kita buat? Berdiam diri?
Menyebarkan spekulasi? 

Teruskan berdoa. Mohonlah pertolongan daripada Allah taala kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. 

Sedih.
Sedih.
Sedih.

Sedih apabila melihat ada yang memohon bantuan daripada bomoh untuk mencari kapal terbang tersebut. Apa mungkin kita meminta pertolongan daripasa sesuatu yang selain dariNya? Dua hari yang menyedihkan  bilamana melihat rakyat diperbodohkan dengan meminta bantuan 'raja bomoh'. Lebih menyedihkan. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Teruskan berdoa.
#keepprayforMH370

Ahad, 4 Ogos 2013

Satu Hari di Bulan Ramadhan



Assalamualaikum wbt.

Huh, lama sangat da tak menulis dekat belog ni. 

Gembira.

Ya, aku gembira sebab tiba-tiba je belog aku ni da boleh guna balik. Sapa tak suka bila one of their nikmat dapat balik kan. *mata berair*

Sempena belog ni beroperasi balik, aku nak share sumthing yang aku kira hadiah kepulangan belog terchenta ni. 

Syukur.


.....................................................................

"Jom i'tikaf kat masjid malam ni"

"nak i'tikaf kat mana"

"masjid Hasanah nak?"

"ok"

"kau dah beli baju raya?"

"belum, taktau lagi beli ke tak. Kau?"

"Dah, aku shopping sakan 20 yg awal aritu. Aku save 10 yang last ni khas nak cari Lailatul Qadar"

"Macam tu pulak?"

-.-

"Yela, Lailatul Qadar nanti boleh cover 20 yang awal tu, siap ada interest lagi sebab fadhilat banyak kan. Lebih baik daripada 1000 bulan. Setakat 20 hari, kecik je ratio dia"

"Kau penah tengok game Piala Malaysia?"

"Penah, 16 team, 4 group, pastu  ada quarter final, semi final ngan final. Kenapa?"

"Kalau bola pun ade grouping, quarter final, semi final, takkan la kau rasa kau dapat pegi final jumpa Lailatu Qadar kalau kelayakan pun kau tak lepas! "

"gulp"

Sentap.

Sengih.

......................................................................



p/s maaf,bahasa aku.  

Selasa, 8 Januari 2013

EXAM FEVER


Saat DEMAM EXAM melanda, banyakkan memohon pertolongan dari Allah. Agar dipermudahkan segala urusan dan peroleh kejayaan.  

Walaubagaimanapun, jangan biarkan ianya terhenti selepas SEMBUHNYA kamu dari demam itu. Kekalkan dan teruskan istiqamah

p/s : wish me luck 4 final exam. and I wish all the best to all of you.
May ALLAH bless.