Isnin, 30 Mei 2011

Ingat lagi ke???

Ingat lagi tak masa kita kecil-kecil dahulu, ayah pergi kerja, mak duduk rumah mengemas dan siap-siapkan kita adik beradik nak pergi sekolah. Bila balik rumah je, makanan dah siap. Petang tu ayah balik bawak jajan. Lepas tu,mak dan yah bawa kita pergi taman permainan. Kita main sepuas mungkin. Best sangat.

Apa sahaja yang kita nak, semua kita dapat. Nak mainan dapat, nak jajan dapat, nak ice krim pun kita dapat.

TAPI.....

Bila kita da besar ni, kita lupa kat mak ayah kita. Kita tak ingat langsung pun kat diorang. Bila gaji da masuk je, mula la kita nak cari girlfen, boyfren, dan kawan-kawan kita yang lain. Sikit pun kita tak teringat kat mak bapak kita. Nak kasi duit gaji, haram.

Waktu senggang, kita habiskan masa dengan kawa-kawan. Waktu busy jangan cakap la, laie tak ada masa untuk mak bapak kita.

TAPI.....

Bila susah je, bila tak ada duit je, mula la nak talipon kampung.

Buat-buat tanya kabar kat mak dan ayah.

Buat-buat caring.

Tapi sebenarnya nak pinjam duit. Kita janji nak bayar balik bila gaji da masuk. Tapi, bila gaji masuk je, haram kita nak bayar balik. Ingat pun tak.

Apa kita ingat mak dan ayah kita teringin nak duit kita???

Sikit pun dorang tak heran. Dorang just nak kita luangkan masa dengan dorang. Balik kampung hujung minggu jenguk dorang. Tanya kabar.

"Mak sihat tak? Ayah mana mak? Ni ade sikit buah tangan saya bawak ni. Lama da tak makan masakan mak. rindu."

Dorang just nak dengar kita cakap macam tu je.

Betul la, pepatah melayu ada cakap,

Seorang ibu, seorang ayah boleh membesarkan sepuluh orang anak.

Tapi sepuluh orang anak tak boleh menjaga seorang ibu, seorang ayah.


Maksudnya :
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23

Ya, ALLAH dah suruh kita taat pada ibu bapa. Tapi kenapa masih ada lagi anak-anak yang hantar mak bapak dorang ke rumah orang-orang tua.

Hari sabtu lepas aku berpeluang pergi ke rumah orang-orang tua al-Ikhlas. Kesian kat sorang atuk ni. Waktu dia di hantar ke rumah orang tua tu, ank dia janji nak ambil dia balik lepas sepuluh hari. Sebab ada perkahwinan. Last-last, anak dia tak datang langsung nak ambil dia balik sampai la sekarang.

Patut ke?????

Fikir-fikirla ye....

Baca la kalu korang rajin

p/s i miss my home.

Khamis, 19 Mei 2011

Why there is nobody talk about it?


Selama ini kita asyik dengar orang bercakap mengenai aurat wanita kan? So, bagaimana pula dengan aurat lelaki? 

Jika saya tanyakan kepada anda semua, 

'Di manakah aurat kaum lelaki?'

Saya yakin semua orang tahu bahawa aurat lelaki adalah BAHAGIAN TUBUH ANTARA PUSAT HINGGA LUTUT. Jangan disalah ertikan sebagai pusat dan lutut.

Ali ra. berkata : Nabi :saw bersabda :-

لا تُبْرِزْ فَخِذَكَ ، وَلا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلا مَيِّتٍ 
"Jangan dedahkan peha kamu, jangan melihat kepada peha seseorang samada yang hidup atau mati" 
[Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibn Maajah]. 

Dari riwayat Jawhad al-Aslami, bahawa Nabi :saw :

مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ ، فَقَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ ؟ 
"melalui beliau apabila kelihatan pehanya terdedah dan baginda bersabda : Apakah kamu tidak tahu bahawa peha adalah aurah?"
 [Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmudzi].

Tetapi,

Imam Malik mengatakan paha bukan aurat berdasarkan hadit nabi yang bermaksud:
Janganlah kamu (wanita muslimah) yang bersolat bersama lelaki, bangun sujud awal dari mereka, supaya tidak ternampak paha mereka.

Post ini bukanlah untuk mempertikaikan di mana letaknya aurat lelaki, tetapi ingin mengingatkan bahawa aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan adalah sama. Oleh itu, seorang lelaki tetap perlu menutup auratnya walaupun ketika berhadapan dengan seorang lelaki.



Saya akui sebagai lelaki, aurat jelas menjadi satu kepentingan jika berhadapan dengan kaum wanita. Tetapi, apabila berhadapan dengan kaum sejenis hal ini diremeh temehkan. Seorang lelaki itu selalu memakai seluar panjang di khalyah ramai, tetapi memakai seluar pendek dan kadang-kala hanya ber'boxer' di dalam rumah/bilik walaupun terdapat kaum keluarga/kawan-kawan di dalamnya. Hal beginilah yang perlu ditakutkan.

Bercakap lebih mudah dari melakukan sesuatu bukan? Tetapi ianya tidak mustahil. Moga diri ini istiqamah melakukan apa yang diperkatakan.






p/s peringatan untuk diri sendiri. InsyaALLAH. Moga dipermudahkan. Amiin.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


(USMAN AWANG,1979)

Pengorbanan guru itu sangat besar. Tanpa mereka, belum tentu kita akan berada di tempat kita berada sekarang. Kita selalu mengingati guru-guru kita sewaktu berada di sekolah menengah dulu. Adakah kita masih ingat akan guru tadika kita?



Antara kesemua guru yang pernah mengajar kita, ibu kitalah yang paling banyak berjasa. Kerana daripada merekalah kita belajar berkata-kata, membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Diikuti guru tadika yang mengajar kita asas-asas pembelajaran. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita selalu mengingati tempat kita belajar tetapi melupai guru kita. Daripada siapa kita belajar? Guru atau sekolah? Semestinya guru.

Dan di sekolah rendah, kita mempelajari sesuatu yang baru. Mempelajari mengikut sukatan pembelajaran yang di buat oleh kementerian. Dan sekali lagi  kita lupa akan guru kita. Kita hanya mengingati guru yang mengajar kita sewaktu darjah 6 sahaja. Guru lain kita lupakan.

Di sekolah menengah, kita belajar lagi benda baru. Mengambil PMR dan SPM. Mendapat keputusan yang baik dan meneruskan pelajaran ke menara gading. Perbezaannya kita tidak melupakan guru kita. Alhamdulillah. Dengan teknologi serba moden ini, kita berlumba-lumba mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita di FACEBOOK, TWITTER mahupun MYSPACE

Sekian sahaja entri kali ini.



SELAMAT HARI GURU BUAT 

SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH MALAYSIA.

TANPA ANDA SEMUA,

 SIAPALAH SAYA UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN HARI INI.



p/s rindu Ustazah Razimah. Selamat Hari Guru untuk ustazah dan semua cikgu-cikgu di Tadika Kemas Jambu Lapan, Sek Keb St. Aidan, Sek Keb Tunku Muda Serting, Sek Keb Taman Sri Mawar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.  

Mengapa Ada Lelaki Inginkan Wanita Yang :

Terdapat banyak ciri-ciri wanita idaman lelaki. Tetapi, pernahkah anda berjumpa dengan ciri-ciri wanita idaman seperti berikut :
  1. Rela menjadi suri rumah sepanjang masa.
  2. Bersedia menjaga mertua.
  3. Rajin beribadat.
Di sini saya ingin menerangkan mengapa lelaki memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut.

1. Rela menjadi suri rumah sepanjang masa.

-Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggung jawab menyara keluarga. Bukannya isteri.

-Menunjukkan bahawa si isteri telah membulatkan jiwa untuk berkhidmat sepenuhnya buat suaminya.

-Supaya si isteri terjaga auratnya dan dapat mengelakkan diri daripada fitnah manusia.

-Di dalam islam, wanita digalakkan berada di dalam rumah dan mereka tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah. Wanita juga tidak digalakkan untuk ke masjid bagi mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Jika di dalam urusan agama lagi wanita sudah tidak digalakkan, inikan pula urusan dunia.

-Duduk di rumah bukan bererti mengongkong ataupun melarang si isteri daripada mencari pendapatan sendiri. Jika si isteri ingin mencari duit, dia boleh melakukan bisnes di rumah seperti menjahit, mengambil tempahan masakan dan sebagainya.

-Selain itu, wanita selalu menjadi tarikan zina. Bukan ingin menunding jari kepada kaum wanita, tetapi sebagai peringatan.

2. Bersedia menjaga mertua.

-Islam mewajibkan anak lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka. Oleh itu, jika si isteri bersedia untuk menjaga mertuanya, tanggungjawab si suami itu telah dapat dilaksanakan.

-Cuba para pembaca fikir-fikirkan. Anda menjadi seorang isteri. 1 hari anda didapati hamil. 9 bulan 10 hari anda mengandungkan anak anda dengan bersusah payah dan anak yang dilahirkan itu lelaki. Kemudian anda membesarkannya selama 25 tahun. Bayangkan... Tidak lama selepas itu anak anda berkahwin dan meninggalkan anda. Dia tinggal bersama dengan isteri dan mertuanya. Anak lelaki anda itu tidak mahu menjaga anda. Apakah perasaan anda??? Semestinya anda akan bersedih bukan.

-Itulah hikmahnya. Semua ibu mahukan anak lelakinya menjaganya jika dia sudah tua. ALLAH sudah tentukan hukum anak lelaki wajib menjaga ibu bapanya sedangkan anak perempuan perlu patuh kepada suaminya. Alangkah indahnya hukum ALLAH itu. ^_^

3. Rajin beribadat.

-Berbalik kepada ciri yang pertama, isteri tidak bekerja. Oleh itu, tugasnya adalah untuk mengimarahkan rumah mereka dengan ibadat kepada ALLAH.

-Waktu suami bekerja, isteri bolehlah membaca Al-Quran, solat, mengemas, memasak dan sebagainya.

-Persoalan yang ada. TIDAK BOSANKAH????
Untuk menjawab persoalan itu, kita berbalik kepada diri kita. Kita adalah hamba ALLAH. Tugas kita di muka bumi ini adalah untuk mnyembah ALLAH. Untuk ke syurga, kita memerlukan pahala. Oleh itu, mencari pahala itu penting. Di sini saya ingin beri satu lagi persoalan. ADAKAH KITA BOSAN MENCARI PAHALA??? ADAKAH KITA BOSAN MENYEMBAH ALLAH????? Fikir-fikirkan. Anda suda besar kan.

-Jika sewaktu suami bekerja, isteri bersuka ria di rumah, lalai, berhibur. Maka, rumah tersebut jauh daripada malaikat rahmat. Lantas, syaitan mudah untuk mengisi penjuru rumah. Rumah tersebut menjadi punca dosa dan hasilnya, akan runtuhlah rumah tangga yang di bina.

Setiap insan mencari pasangan yang punyai ciri-ciri impian mereka. Mereka boleh memilih apa sahaja ciri-ciri yang mereka inginkan. Oleh itu, pilihlah pasangan yang terbaik bagi anda.

Sumber : novel Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu. Sambungan novel Warkah Cinta Berbau Syurga




Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu

 Warkah Cinta Berbau Syurga keluaran lama

Warkah Cinta Berbau Syurga Keluaran Baru

Sabtu, 14 Mei 2011

Pengaruh

Seorang lelaki/perempuan dibesarkan di di sekolah rendah biasa tetapi menghadiri kelas fardu ain. Kemudian memasuki sekolah agama. Kemudian memasuki Universiti.

Seorang lelaki/perempuan dibesarkan di di sekolah rendah biasa dan tidak menghadiri kelas agama. Kemudian memasuki sekolah menengah biasa. Kemudian memasuki Universiti

Jika kita lihat, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-dua manusia tersebut?

Adakah perbezaannya berkaitan ilmu agama?

SALAH!!!

Kerana disekolah biasa tetap terdapat pembelajaran ilmu agama. Bahkan kita boleh bertanyakan kepada ustaz ataupun ustazah yang ada disekolah jika terdapat masalah berkaitan agama.

Perbezaan yang dimaksudkan sebenarnya adalah PERSEKITARAN.

Pelajar yang menghadiri kelas fardu ain, menghadiri sekolah agama bakal bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang juga belajar agama. Walaupun seorang lelaki/perempuan itu tidaklah cenderung sangat untuk mempraktiskan ilmu agama, sedikit sebanyak dia akan terpengaruh dengan rakan sebayanya yang mempraktiskan ilmu tersebut.

Seperti kata pepatah, berkawan dengan penjual minyak wangi, akan terciumlah bau wangi. Berkawan dengan tukang besi, akan tercalitlah tahi besi. Betul atau tidak, anda fikirlah sendiri.

Bukan nak mengata lelaki/perempuan yang belajar di sekolah biasa dan tidak menghadiri kelas fardu ain itu tidak baik. Tetapi jumlahnya kurang berbanding lelaki/perempuan yang belajar di sekolah agama dan menghadiri kelas fardu ain.

Hal ini kerana, sedikit sebanyak hati kita akan tercalit akan kebenaran/perlakuan yang baik dipertunjukkan kepada kita oleh rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak hati kita akan membenarkan kebaikan yang dipertunjukkan oleh rakan-rakan kita.

Bukan nak mendabik dada kerana bersekolah di sekolah agama, tetapi bukti itu kuat/kukuh. Mempunyai rakan-rakan yang baik, akan menyebabkan kita berfikir

"BESTNYA DIORANG NI JADI BAIK. BILA LA NAK BERUBAH KE ARAH TU"

"SEJUK PEROT MAK DORANG MENGANDUNGKAN DORANG,CAMNE LA PEROT MAK AKU EK?"

Atau pun terfikir

"DA BESAR NANTI, AKU NAK KAWIN DENGAN PEREMPUAN YANG BERTUDUNG N YANG BAIK-BAIK/LELAKI YANG TUTUP AURAT DAN BAIK-BAIK MACAM DORANG SUPAYA ANAK-ANAK AKU NANTI DAPAT HIDUP DALAM SUASANA YANG BAIK-BAIK, X MACAM AKU".

Patut ke kita berfikiran begitu? Ya, ianya patut. Fitrah manusia inginkan perkara yang baik-baik walaupun sering melakukan kesalahan. Tetapi, sepatutnya, kitalah yang berusaha ke arah itu. Bukannya mengharapkan hidayah ALLAH itu datang. Hidayah ALLAH itu perlu di cari, bukannya datang sendiri.

Berbalik kepada tajuk asal, persekiran yang baik mampu merubah seseorang yang jahat ke arah kebaikan dan persekitaran yang buruk akan merubah seseorang yang baik ke arah keburukan.

Akhir kata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.