Sabtu, 30 Julai 2011

Bila dia datang, jangan di abaikan.




Aassalamualaikum w.b.t.

Jom daftar!
Kemasukan baru ke Universiti
Tarikh : 1 ogos 2011
Nama U : Universiti Ramadhan Al- Mubarak
Kos Wajib : Berpuasa
Kos Spesial : Terawih
Kos Tambahan : Baca Quran, zikir, sedekah , dan etc
Ujian Kenaikan Markah : 10 Ramadhan terakhir
Kelulusan : Ijazah Ketaqwaan Kelas Pertama
Konvo : 1 Syawal
*Extra..tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Kos : Puasa 6 bulan syawal


Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” 
(Surah al-Baqarah, 2: 185)


Jadikan Ramadan kali ini
sebagai kepompong kepada islah diri,
Bina kekuatan,
Tambah ilmu,
ketatkan aqidah.
Mantapkan ibadah,
Perkasakan syakhsiah.


Moga syawal kita nanti 
menjadi rama-rama yang
paling cantik
dengan sayap yang kuat,
dan dapat terbang jauh menjadi 
agen perubahan umat.


Dan Ramadhan itu adalah Universiti Tarbiah. Ayuh praktiskan semua amalan walaupun selepas tibanya syawal. Moga Istiqmah. InsyaALLAH.

Dan jangan dilupa akan Lailatul Qadar
Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar. Surah Al-Qadr (1~5)


p/s just a copy paste from some source with editted..

Isnin, 25 Julai 2011

Power Rangers gabung ng sailormoon belasah super duper keluangman..


Assalamualaikum w.b.t.


Panas.panas.panas. Mesti pelik an tiba-tiba je panas. Nak kata matahari atas kepala, tak pulak. Musykil.Musykil.Musykil.


Hurm. Lets say, today is your wedding. Can you imagine it?


Ni korang nak nikah jap lagi ni. Pakai cantik, molek, anggun, seksi. ops. Takde. takde. hehe


Ok, akad nikah ni buat dekat rumah. Tak buat kat masjid. Tak tau la asal kat uma an, bukan kat masjid. Jalan jam kot. Tak pun ada perhimpunan Bersih 2.0 ke an. Tak la an.


Back to the story back. Pakaian dah macam gadis melayu terakhir da ni. Bertudung, baju tebal, sume tertutop. Mang orang respek r dekat sang suami, pandai pilih isteri. Tutop aurat.






Tiba-tiba time sanding, engko lepak je tayang rambut. Fuyyo, rebonding tu. Malatop beb. hehe


Can you imagine that?



Engko ni tutop aurat waktu akad nikah je ke? Ish.Ish.Ish. ape la nak jadi ek.


Haram.Haram.Haram.


orang yang menutup aurat ibarat gula-gula yang masih berbalut.


Ni la generasi manusia zaman sekarang, waktu akad nikah, sopan,muslimah. Time sanding, Nauzubillah. Terdedah sana, terdedah sini, terdedah sinun. Ish.Ish.Ish. Dapat cuci mata free free je. Sabo je la.




Jadi, engko pikir-pikir la ye mana yang baik, mana yang buruk. Da besar an, boleh pikir sendri. Selamat beramal. ;)






p/s i hate facing pmpn yang dedah sini, dedah sane, dedah sinun. Nauzubillahi min zalik. 

Jumaat, 22 Julai 2011

Ultraman tu fire gune powerpoint..


Assalamualaikum w.b.t


Yang berfikiran sempit itu adalah manusia yang tertutup pintu hatinya kepada ALLAH


Engkau selalu lalai..


Tapi ALLAH selalu ingatkan..


Engkau selalu lupa..


Tetapi, ALLAH tak pernah lupa dekat engkau..


Engkau selalu gembira..


Dan ALLAH sentiasa memerhati..


Engkau selalu sedih..


Dan ALLAH sentiasa di sisi..


Engkau selalu terasa sunyi..


Dan ALLAH sentiasa disisi..


Engkau selalu memerlukan pertolongan..


Dan ALLAH sentiasa membantu..


Sedarkah engkau, ALLAH sentiasa di sisi mengingatkan, memerhati, melindungi, memberi pertolongan, dan mencintai Engkau..


Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah 
Ar-Rahman
 Dan apa yang perlu engkau lakukan?
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah
 Ingatlah ALLAH setiap saat, setiap degupan jantungmu. InsyaALLAH










p/s ditujukan kepada Muhammad Luqman Azri b Zainal Rashid

Rabu, 20 Julai 2011

Dah Sedia ke?


Assalamualaikum w.b.t.


Actually aku tidak rasa entry kali ini layak untuk ditulis oleh insan seperti aku. Sebab rasa tidak layak untuk mengingatkan orang lain sedang diri ini turut alpa dalam kelalaian.


Tetapi, aku tetap meneruskan niat untuk menulis entry kali ini dengan tujuan mengingatkan diri sendiri. InsyaALLAH.


Minggu lepas, nampak kemalangan waktu menjemput adik balik dari sekolah. Sebuah kereta tidak bergerak kerana melanggar kereta di hadapannya sementara sebuah kereta lagi melanggar belakangnya. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kereta tersebut remuk.


Tidak tahulah salah siapa sebab time aku datang, kereta itu memang sudah tidak bergerak. Tetapi, kereta dihadapan dan belakangnya tidak mengalami kerosakan yang teruk. Kemik pun macam tidak ada. 


Alhamdulillah, tiada kehilangan jiwa.


Lepas itu, aku jemput adik yang sekolah menengah pula. Sebuah motosikal kemalangan. Terjatuh agaknya. Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa even ada dua mangsa yang tercedera.


Dalam perjalanan balik, nampak sebuah rumah penuh dikerumuni orang. Ramai sangat.


Seorang insan telah pergi menghadap ilahi. Semoga ruhnya dirahmati ALLAH. Alangkah beruntungnya beliau kerana meninggal pada hari Jumaat, penghulu segala hari, hari paling mulia. Dan solat jenazahnya selepas solat Jumaat. Ramai yang menyembahyangkan jenazah.


Bagaimana pula nasib kita nanti ya? Adakah ramai yang menyembahyangkan jenazah kita? wallahualam.


Adakah nasib kita seperti Uwais Al-Qarni? Tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.


http://fisan.wordpress.com/2007/03/18/uwais-alqarni-terkenal-di-langit-tak-terkenal-di-bumi/


Dua hari lepas, jiran selang satu buah rumah meninggal dunia. Baru berumur 25 tahun. Muda lagi bukan?


Bagaimana pula dengan nasib kita nanti? Adakah kita pergi awal ataupun sebaliknya? wallahualam.


Adakah sudah cukup bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH?


Sudah bersedia ke? 



Sempatkah kita betaubat nanti?


Hanya ALLAH sahaja yang tahu

.Ajal yang datang di muka pintu 
Tiada siapa yang memberi tahu
 Tiada siapapun dapat hindari
 Tiada siapapun yang terkecuali 
~Menanti Di Barzakh, Far East~


p/s Nasib orang kita boleh nampak,nasib kita nanti bagaimana? wallahualam

Isnin, 18 Julai 2011

Pusat Tenaga Manusia


Assalamualaikum w.b.t.

Tahukah anda, apabila tangan di gosok sekurang-kurangnya 15 kali, dan digosokkan pada tempat tertentu ,  ia dapat membantu memberi ransangan tenaga pada bahagian tersebut.

  1. Muka (kawasan sinus aka resdung)
  2. Dahi kiri (kawasan pening)
  3. Dahi kanan (kawasan migrain)
  4. Kepala (semangat,daya ingatan)
  5. Belakang kepala (kawasan tidur)
  6. Tengkuk (stress, tekanan)
  7. Dada kanan (paru-paru)
  8. Dada kiri (jantung)
  9. Dada tengah (hati)
  10. Perut atas (usus kecil)
  11. Perut bawah (usus besar/kolon)
  12. Pinggang (buah pinggang,ginjal)
  13. Paha (kaki aka saraf darah)
  14. Lutut (ransangan serentak ke seluruh sistem badan)
Sekiranya anda rasa mengantuk di dalam kelas mahupun di tempat kerja, bolehlah mengamalkannya. Renung-renungkan. Selamat beramal. :)

sumber asuh.Julai 2010

Khamis, 14 Julai 2011

Nikmat ALLAH jgn salah guna,nnt ALLAH tarik,jgn mnyesal plak


Nikmat ALLAH jgn salah guna,nnt ALLAH tarik,jgn mnyesal plak
Selagi nikmat itu ada, janganlah disalah guna.


Assalamualaikum w.b.t.

Aku ingat lagi malam tadi. "kaki lang mak tengok dah makin terhincut-hincut. Makin nampak da beza panjang kaki tu". Owh, aku agak terpana mendengarnya.


Jauh di lbuk hati ini terasa, yes, im going to be lame aka 'tempang' later. Waktu ni baru aku sedar, patut pun bila slat,besar je aku punya jarak antara kaki, patut pun terasa senget ja bila duduk.


Ya, siapa yang tidak sedih. Dulu bukan main lagi bersukan bagai nak rak, lastly im going to be how im am today.


Nasihat mak ayah dengar, jangan ingkar. Aku ni la contohnya yang tak dengar kata. Mak dah kata, stop main bola. Olahraga da sampai negeri, tak payah bersukan lagi. Dah cukup da kokurikulum tu.


Aku degil, sehari sebelum pertandingan bola sepak daerah baru aku bagitau mak yang aku main bola. Memang mak dah tak boleh halang, tapi dari suara mak, aku tau mak tak suka. Tapi dah daftar kan, kena main jugak.


Aku ingat lagi, sebelum game final, lawan sekolah Dato' Mansor, aky telefon mak, "ni last game lang main, kalau terpilih pergi negeri pun,lang taknak, ni last game". Doa aku makbul, dan aku tau, ALLAH bayar cash sebab aku tak dengar cakap mak dulu.


Kaki aku patah game tu, baru 10 minit game berlangsung. Dan doktor dah nasihatkan, aku dah tak boleh bersukan macam orang lain. Kaki aku cacat. Aku tak salahkan mana-mana pihak atas kecacatan ni walaupun sebenarnya kaki aku boleh sembuh. Aku redha.


Cuma ya malam tadi, aku terasa.


Sedih sangat.


Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. 


ALLAH, ya aku mengadu pada ALLAH. Hanya dia tempat mengadu. Dan ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu. Aku tahu DIA mendengar keluhanku ini.



Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita'


Terpana aku melihatnya. Betapa sayangnya ALLAH kepadaku. ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. 


Benarlah seperti mana firman ALLAH
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


 Indah sungguh aturan ALLAH itu kan. Kini aku mengerti, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. 


If you put your whole trust in ALLAH, as you ought HE most certainly will satisfy your needs, as HE satisfies those of the birds ; They come out hungry in the morning, but return full to their nest (at-tirmidzi)

Jadi, bersabarlah. Kini aku kembali tersenyum.




p/s mungkin tahun ni last aku main uniten cup

Isnin, 11 Julai 2011

Surgamu

Assalamualaikum...

Just sedikit perkongsian. Ni antara lagu yang aku minat.


p/s Lirik dia menyetuh hati.. :)

Penyakit Hati


Assalamualaikum...


“Ketahuilah, sesungguhnya pada setiap jasad ada sekerat daging, apabila dia baik maka baik seluruh anggota jasad, apabila dia jelek maka jelek semua anggota jasad, ketahuilah dialah hati.” (HR. Bukhori)
Perubahan sifat yang ada dalam hati ini terjadi dengan sangat cepat. Semua itu terjadi semata karena kekuasaan yang dimiliki Allah SWT. Dia-lah yang membolak-balikkan hati manusia sesuai dengan kehendak-Nya. Perhatikan sabda Rasulullah saw berikut:
“Dinamakan hati (al-qolbu) karena cepatnya berubah.”(HR. Ahmad)
“Perumpamaan hati adalah seperti sebuah bulu di tanah lapang yang diubah oleh hembusan angin dalam keadaan terbalik.” (HR. Ibnu Abi Ashim)
“Sesungguhnya hati-hati anak Adam berada di antara dua jari-jari Alloh layaknya satu hati, Dia mengubah menurut kehendak-Nya.” (HR. Muslim)
“Ya Alloh, Dzat yang membolak-balikkan hati, condongkanlah hati kami untuk selalu taat kepada-Mu.” (HR. Muslim)
Kehadiran penyakit hati dalam diri kita sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. 

Ria'
Sombong
Iri Hati dan Dengki
Ujub (kagum akan diri sendiri)
Bakhil dan Kikir
Tamak
Khianat

Sifat- sifat ini seperti sudah sebati dengan diri kita.

Antara cara merawat penyakit hati


Kurangkan makan
Kurangkan minum
Kurangkan tidur
Kurangkan bercakap

4K di atas merupakan pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses merawat hati. Seandainya pantang larang ini dilanggar, rawatan gagal berhasil. Sebaliknya, jika pantang larang ini diikuti, insyaALLAH penyakit hati berjaya diubati walaupun tanpa rawatan.




Sesungguhnya pantang larang tersebut bukanlah yang merawat penyakit hati, tetapi ALLAH yang merawatnya dan ALLAH lah yang mengubatinya. Pantang larang tersebut hanyalah sebahagian usaha kita .

Sekian, sedikit perkongsian buat renungan bersama. InsyaALLAH.

p/s sumber kelas tasawur masjid panchor jaya

Ahad, 10 Julai 2011

Perubahan


Assalamualaikum...


Hari aku nak cerita serba sedikit tentang perubahan. ataupun change. How to change your life

.
Perubahan itu perlu dirancang. Kita tidak boleh berubah secara melulu sahaja, ianya tetap perlukan perancangan. Untuk berubah, kita perlukan NIAT. Yes, we need a motive first. Niat untuk berubah kearah kebaikan atau kejahatan.





Pada aku, mestilah perubahan ke arah kebaikan kerana secara fitrahnya, manusia itu inginkan kebaikan. Sejahat-jahat manusia, jauh di dalam hatinya tersimpan satu keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Itulah iman. Dan ISLAM merupakan panduan terbaik untuk memandu diri kita supaya dapat mencapai matlamat kita untuk berada di sisi kebaikan.


Rasulullah merupakan insan yang paling mulia, kekasih ALLAH yang paling dicintai dan manusia yang paling sempurna. Dan bagindalah insan yang layak untuk dijadikan idola. Seorang sahabat pernah memberi saranan, berniatlah untuk berubah menjadi seperti baginda NABI. Itulah pilihan terbaik.

"Semua yang kita lakukan memerlukan SABAR dan IKHLAS", Adik beradik bidaBENG 
Ya, sabar dan ikhlas itu penting. Setiap dugaan, setiap cabaran dan setiap masalah yang datang,harus ditempuhi dengan sabar. Dan keikhlasan turut jadi bekalan. Ikhlas dengan tujuan kita.


Bila masalah itu datang, simpan dalam hati, pegang kata-kata ini
Tak apa, sabar. Ingat aku nak berubah, kena ikhlas. Nak contohi Rasulullah.
Kata-kata ini menjadi azimat di dalam diri agar sabar dan ikhlas untuk meneruskan perubahan itu. Bila malas tu datang, peganglah azimat tersebut.


Lepas tu, kalau nak berubah, kena mula dari sekarang. Selagi nur hidayah dari ALLAH tu masih 'merah', masih ada dalam dada, kita kena berubah. Tak boleh nak tunggu sampai hidayah tu dah hilang baru nak berubah. Dah terlambat. Semakin lambat kita berubah, semakin lama kita bertangguh untuk berubah, hati semakin degil. Hati yang degil, sukar untuk dilembutkan. Bukannya mustahil, tetapi sukar.


Hijrah ke arah kebaikan itu memerlukan masa. Tidak mungkin kita dapat berubah dalam sekelip mata melainkan dengan izin ALLAH. Tidak mungkin hari ini kita seorang mat metal, dan esok hari kita adalah seorang ustaz. Tak mustahil, tetapi ianya sukar. Oleh itu, kena cuba berubah sedikit demi sedikit. Biar perubahan itu sedikit, tetapi istiqamah. InsyaALLAH.


Akhir kata, semoga hati ini ikhlas berubah kerana ALLAH insyaALLAH tercapai.
 Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

 p/s renungan untuk diri sendiri yang ingin berubah ke arah kebaikan. InsyaALLAH. Amiin.

Khamis, 7 Julai 2011

Sekadar Peringatan Untuk Diri Sendiri

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati? o.o?

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi dan wanita ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat dan seluar pendek yang dipakai itu, diletak dan ditayang di fb,
akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan
kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimat
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
dan kepada mereka yang mempunyai gambar yang sudah lengkap ditutupi auratnya..
InsyaAllah tidak mendapat dosa..

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan da selamat beramal

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●● :)







p/s copy paste only

Facilitator 2

Assalamualaikum w.b.t.....
"My dear,to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you loved is exciting, but to be loved by ALLAH is everything, Lien, ALLAH loves you," Asiah Yusra.
 Seperti yang dijanjikan..Aku ulas gak ayat "to be loved by someone is something, to be loved by someone you loved is exciting". Why im telling you all about this sentence? Because i have found one family that i loved. There are Mummy Iza, Mummy Saliza, Kamal, Seh, Bob, Ular, Ujang, Pokse, Maskot, Nik, Barra', Haron, Iewea, Kembo, Kembi, Aiman Wazien, Kak Pah,  Hazu, Tom dan Ziha.


Dan ini la sebabnya kenapa aku kate Program Facilitator tu beri impak yang sangat besar buat diriku.
------------------------------------------------------------------------------------------------
 "Sy dpt 19 org anak yg berumur 19 thn in less than 1 year", MUMMY IZA
 Korang memang bagus

"bersenang-senanglah, kerana hari ini kita akan rindukan, di hari nanti..
sebagai sebuah kisah klasik untuk masa depan..

bersenang-senanglah, kerana waktu ini akan kita banggakan di hari tua..

sampai jumpa kawanku (adik beradikku), semoga kita sentiasa menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.. :D " NIK
 zikir terlampau

"once a regret, it will always be.. i shouldnt have started it at first, it shouldnt have ended this fast.. owh my baby im crying.." KAK PAH
\(o.O)/

semakin sayang nak tinggalkan mereka semua. adoyai =.=" HAZU
Radio bergerak, Rosnah mat Aris

 "Kau orang sahabatku Kau orang teman sejati", MASKOT
garbage

"Confession: Sebelum ni, jadi fasilitator aku cuma fikirkan untuk tolong adik-adik je dan habis macam tu. TAPI aku tak sangka aku dapat lebih dari tu. Aku dapat famiy baru, aku dapat kenangan yang sangat sangat sangat terindah dengan korang wahai sahabat-sahabat! Syukur aku kerana memilih keputusan untuk menjadi faci. :') ♥", ULAR 
s'

 "hati ke hati...ak benci bile ade org buat ayat sdih..:((((((( gua x koyak punyer..!!", HARON
Misteri nusantore

 "Kali ni jadi fasi, mmg rating terbaekkk pnyer.. Thanks miss niza, madam saliza n geng2 bidaBENG sekalian.. ♥", TOM
Aku mak datin paling hot

"setelah melalui hari2 yg penoh dgn permainan emosi -__- ". KEMBO
Ayam kruk. kruk.

 "the most happening week in my life :) ", KEMBI
GeLL-LLi aku

 "Peluang mengilatkan kace menjadi permata.. ", BARRA'

"Kite tak bley drag mase, nanti tak sempat...", KAMAL
Jangan drag mase


Semua kata-kata itu lahir selepas program Orientasi.Sebenarnya, ia lebih kepada kepercayaan, kerjasama, keprihatinan dan yang paling penting ukhuwah yang terbina antara kesemua faci dan Mummy Iza.


Ukhuwah itu terlampau erat sampai diri ini susah nak percaya because it happened after one week only. Can you imagined that air mata tu mengalir laju kerana ukhuwah yang terjalin dalam masa 1 minggu. Sukar untuk dipercayai tapi itu la yang terjadi.


Semoga ukhuwah itu terus kekal hingga akhir hayat. I LOVE YOU ALL

 "Walau kita jauh di mata, tapi dekat di hati", LUQMAN@ATAN
tanjung tanjung bidaBENG
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aiman Wazien- Chenkoww punya

 Pokse- kena mara dengan Tom, terkejut aku..cess

 Seh- namaku tak perlu disebutkan, Aaron Aziz

Ujang@ 'k'- emas dan permate, mane paling berharga?

Bob @ Jerry- Pauline

Naziha


iewea@N- paling garang

--------------------------------------------------------------------------------


Selamat tinggal barra'..huhu
 Welcome to Tanjung bidaBENG
Say Peace
Murah dan Sedap..Cuba la! 
Senyum Kak Oi!
Korang ni reti ke tak reti ni??? 
Malamku suram, Siang ku gelap, ku kegelisahan....lalala
 Model kacamata
Jap la, sikit je lagi nak abis ni..Pah
 Senyum..:)
 Camera PLizz
 Pintu gerbang telah dibuka
One Family
Tak pat naek, amik gambar pun jadi la
Our favourite picture <3


p/s pergh..aku indu korg sume..huhu