Ahad, 25 Disember 2011

Nostalgia



Assalamualaikum w.b.t. 


Hari ini ana teringat kenangan bersama BIDABENG sekalian. So, ana nak kongsi kenangan kitorang dulu.


Antara paling sweet.


Bagaimana perang zaman dulu-dulu


Kanak-kanak ribena.



I miss that moment.

Rabu, 21 Disember 2011

Mampukah kita memikulnya?



Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini ana just nak kongsi sedikit perkara yang berbolak-balik dalam hati ana kebelakangan ini. Setiap perkara yang ana lalui, perkara ni mesti terlintas difikiran ana. 


PEMIMPIN


Ya, pemimpin. Seorang insan yang mempunyai peranan yang sangat berat untuk mencorak insan-insan yang dipimpinnya, samada menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat ataupun insan yang rosak dunia dan akhirat.


 " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (ketua negara ) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang rakyatnya . Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang khadam itu menjadi pemimpin tentang urusan harta tuannya dan ditanya tentang rakyatnya. Seorang anak menjadi pemimpin tentang harta ayahnya dan ditanya tentang rakyatnya.Maka kamu semua adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."
(Bukhari Dan Muslim)

Setiap orang adalah pemimpin walaupun hanya kepada dirinya sendiri. Ana sendiri mengaku sukar dan beratnya peranan sebagai seorang pemimpin, seorang ketua. Perlu menjadi contoh yang baik kepada orang yang dipimpinnya. Jika seorang pemimpin itu gagal menjadi contoh yang baik, dapatkah dia meminta orang-orang yang dipimpinnya menjadi baik? Renungkan.

Dan kerana beratnya tanggungjawab seorang pemimpin itulah ana tidak suka dilantik menjadi seorang pemimpin. Ana takut ana gagal menjadi seorang pemimpin yang dicontohi ataupun menjadi seorang pemimpin yang merosakkan pimpinannya. Kadang-kadang sebagai seorang pemimin, kita merasa malas untuk meneruskan tanggungjawab dan sering leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab.

Tetapi adakah ana perlu sentiasa menolak tanggungjawab yang diberi? Mengelak dan terus mengelak.

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."  
(QS Al-Baqarah: 286)

Tetapi, macam mana ana nak selesaikan segala masalah yang datang?

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." 
(QS Al-Ankabut: 2~3) 

Lihatlah bagaimana ALLAH menjawab persoalan yang melanda jiwa. Setiap kejadian yang ALLAH tentukan ada hikmah disebaliknya. Percayalah. Mungkin dengan kita menjadi seorang pemimpin, kita mampu menjadikan diri kita lebih berdisiplin, menjadi insan yang lebih baik ataupun dengan menjadi seorang pemimpin, kita dapat menjana minda berfikir dengan lebih baik, lebih efisien. Wallahualam.

Dan ingatlah tugas seorang pemimpin itu sangat berat, sangat sukar, tetapi tidak mustahil. Sekian.

Mampukah kita menjadi pemimpin sebaiknya? Renung-renungkan.


p/s esok last iftar untuk semester ni. Semoga mendapat sambutan. Doakan. Amiin.

Sabtu, 17 Disember 2011

Khusyuk



Assalamualaikum w.b.t. Apa kabar iman antum semua,harapnya sihat sejahtera. Amiin.



Satu mutiara kata buat perkongsian kali ini : 

Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung denganNya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya apabila putus (denganNya).
Syeikh As-Syibli



Kali ini ana ingin berkongsi sedikit tips khusyuk dalam solat. Ana dapat tip-tip ni dari perbincangan usrah ana yang lepas. Semoga ana, antum semua dapat amalkan, insyaALLAH.


Tips khusyuk solat :


Penetapan minda 
Kawal minda untuk fokus. Tenang dan tidak memikirkan perkara lain.

Pelaziman minda
Sentiasa engosongkan fikiran. Seeloknya ketika masuk ke dalam masjid, kita sudah melupakan perkara duniawi. Antum set minda antum semua bahawa solat itu hanya sekejap. Nescaya antum semua tidak merasa terbeban dalam melakukan solat. Sentiasa tahu dan sedar bahawa syaitan akan sentiasa cuba mengganggu manusia walaupun di dalam solat. Jadi, setkan minda antum semua bahawa solat adalah waktu khas antum bersama ALLAH.

Teknik pernafasan
Tarik nafas melalui hidung setiap kali selepas membaca satu ayat. Sekiranya menjadi makmum, ikut pernafasan imam.

Teknik pembacaan
Menghafal maksud setiap ayat yang antum semua baca. Faham dan jiwai setiap bacaan di dalam solat agar antum semua tahu apa yang antum semua sedang lakukan. InsyaALLAH antum akan menjadi lebih fokus dan khusyuk di dalam solat.

Teknik Tumpuan Mata
Melihat tempat sujud. Bayangkan ada kalimah ' ALLAHU AKBAR'. Sentiasa fokus pada satu titik walaupun ketika ruku' mahupun sujud.

Teknik Pendengaran
Sentiasa mendengar dan fokus akan bacaan imam. Jika mampu, hafal bacaan yang dibaca oleh imam. Ketika Imam membaca surah-surah, ikut rentak imam. Jangan terlampau laju atau terlampau perlahan. Tangkap setiap bacaan yang dilafazkan oleh imam, ingat surah apa, kalimah apa, huruf apa.

Teknik Pergerakan Dalam Solat
Baca dan rujuk amali solat. Selagi mana kedudukan dan pergerakan solat belum sempurna, jangan mula membaca bacaan di dalam solat.

Teknik Imaginasi
Berimaginasi sebagai mana sahabat nabi, Abu Bakar As Siddiq, membayangkan syurga di kanannya, neraka di kirinya, ALLAH di hadapannya dan maut di belakangnya.

Satu lagi tips, jaga pemakanan anum semua sebelum solat.










p/s khusyuk itu tidak mudah, tetapi tidak mustahil.KLIK untuk membaca versi english

Ahad, 11 Disember 2011

Muhasabah dengan apa yang kita buat




Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat ilahi sebab masih lagi berpeluang untuk terus hidup hingga hari ini sebagai seorang yang beragama ISLAM. Syukur sekali lagi sebab diri ini masih lagi disayangi ALLAH. Tiap kali melakukan maksiat, tiap kali melakukan dosa, ALLAH beri peringatan, ALLAH beri teguran. 


Rugilah ana, rugilah antum semua kalau ALLAH tak bagi peringatan, rugilah kalau ALLAH tak bagi teguran, sebab itu tandanya ALLAH dah tak sayang kita. Selagi mana kita masih hidup di atas muka bumi ini, bertaubatlah. Jangan sampai satu masa nanti kita mati tanpa sempat bertaubat. Nauzubillah minzalik


Entry kali ini ana tulis khas buat peringatan diri ana sendiri. Semoga antum semua juga dapat ambil iktibar, insyaALLAH.

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat? Alangkah besar kemurkaan ALLAH bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
As-Saff (2-3)

Satu mutiara kata buat renungan bersama :

Sekiranya kamu bersahabat dengan orang yang jahil tetapi tetap tidak menurut nafsunya adalah lebih baik (daripada) kamu bersahabat dengan orang yang alim tetapi menurut nafsunya. Ilmu apa yang hendak dikatakan pada seorang alim jika masih tunduk kepada nafsunya dan kejahilan apa yang hendak dikatakan kepada seorang yang jahil yang telah mampu menahan hawa nafsunya.
Syeikh Ibnu Athaillah





p/s Semalam main futsal tapi kalah. Takde rezeki. English Version Clik HERE

Jumaat, 2 Disember 2011

New Experience!



Assalamualaikum w.b.t.


Bagaimana IMAN? Harapnya sihat sejahtera, insyaALLAH. Kali ni ana nak kongsi sedikit pengalaman berusrah dan beraktiviti di luar. Yes, this is my first time usrah outside Uniten Mosque.


It was such a wonderful time eventhough its raining as we do some activity that I've never think before. At first, we gather at UNITEN's Mosque around 6.30 pm. Then, we went to the Putrajaya's Mosque with a car and three motorcycles.


We reached at the mosque and prayed there. After that, we got one assignment. One off us need to approach some outsider and ask him to take a picture of us and he took two pictures. :D The reasons of that assignment was to teach us the way to approach other people and know each other. You can just ask someone to help you but it is better to know him first right?


Okay, then we recite Al-Quran and was given another assignment. We were ask to find someone else and ask him about 'tajwid' in Al-Quran. The reasons was to teach us that we need to ask someone if we does not know something. Dont pretend as you know something if you dont.


Next, we have our discussion. Today we discuss about 'Akhlak Islamiah' :



  • Rasulullah is the perfect role model.
  • You need to 'ikhlas' when doing something. If not, ALLAH dont accept it as Ibadah.
  • We need to wacth our relationship with other person,animal and also the nature. One example is ABu Hurairah : Cats lover.
  • Ahlak Islamiah can build by :

*knowledge*
*hardworking and sincere in ibadah*
*be friend with 'orang-orang soleh'*
*always do good thing*
*can accept advice from other people*
*pray hard*
*take 'sirah anbiya' as example*
*the way you've been taught at home*


  • The most powerful person in the world is the most patient person.

Then, we went to presint 9 to have dinner and our big brother treat us for a drink. Then, we went home.

Okay, malay back. Syukran kepada antum semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca post ana kali ni. Kalau ada salah dan silap dalam ana berspeaking, tolong perbetulkan. Sama-sama kita belajar.

Satu mutiara kata yang ana ingin kongsi kali ni :

"Sebaik-baik yang engkau mohon dariNya ialah (mohonlah) hidayah (dariNya) agar mampu laksanakan apa yang Dia perintahkan"
Syeikh Ibnu Athailah



p/s Alhamdulillah, iftar yang dianjurkan semalam mendapat sambutan yang menggalakkan. Semoga lebih ramai yang berpuasa sunat lepas ni, insyaALLAH.