Khamis, 20 Disember 2012

SOMETIMES



Sometimes,  

You feel alone eventhough you are in a crowd.
  
Sometimes,
  
You feel like a stranger eventhough you have many friends.  

Sometimes,
   
You feel like something missing eventhough you have everything.  



When that's 'SOMETIMES' happen, always remember Allah is there for you. He will never left you even though you always forgot Him.

Sabtu, 15 Disember 2012

KAMERA AKU


Assalamualaikum wbt.


"Kamera aku cantik, Kamera aku hebat, Kamera aku canggih, Kamera aku mahal"  

Sedarlah bahawa secantik mana kamera kamu itu, sehebat mana kamera kamu itu, secanggih mana kamera kamu itu, semahal mana kamera kamu itu, ia tetap tidak mampu menandingi Kamera aku.   

Kerana Kamera aku ini ciptaan ALLAH. Mana mungkin gambar pemandangan yang kamu tangkap itu menandingi pemandangan yang mata aku lihat.  

Sesungguhnya ciptaan ALLAH itu jauh lebih HEBAT BERGANDA-GANDA dari ciptaan manusia. 

~Subhanallah~

Khamis, 13 Disember 2012

Sekadar peringatan kita bersama.

Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsiaan..

Syaitan itu tidak memunyai kuasa langsung uuntuk menghalang kita dari melakuan kebaikann. 

Mana mungkin syaitan itu bisa memotong kaki kita tatkala kita melangkah menziarahi majlis ilmu, mana mungkin syaitan bisa membutakan mata kita tatkala kita membaca al-Quran, mana mungkin syaitan bisa memotong lidah kita tatkala kita bertasbih memuji Allah. Tidak mungkin.

Ingatlah syaitan itu hanya mamu membisikkan godaan-godaan agar kita melakukan maksiat sahaja. Semuanya terletak pada kita untuk melakukannya ataupun tdak. 

Dan apabila kita mengikut bisikan-bisikan syaitan, nescaya nerakalah tempat terakhir kita. Ketika kita merayu kepada syaitan agar membela kita di akhirat nanti, ingatlah bahawa syaitan akan berkata :


Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. (Ibrahim, 14:22)

Mari menjadi hamba.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Cinta dan Takut



Assalamualaikum wbt.

Apa kabar sahabat-sahabat di luar sana? Ana harap antum semua dalam keadaan sihat sahaja, baik rohani mahupun jasmani.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana ana diberi kekuatan untuk kembali menulis. Bukan sengaja untuk meninggalkan lapangan penulisan tetapi keadaan diri yang terkapai-kapai dan terkontang -kanting dalam mencari penawar hati memaksa.

Sebelum ana mulakan post kali ni, ana nak bertanyakan satu soalan. 


TAHUKAN ANTUM SEMUA, APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TAKUT KEPADA ALLAH DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK?

Sebelum ana pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan ini, ana nak terangkan bahawa terdapat dua unsur yang memandu kita kearah mendekati ALLAH.

CINTA 
TAKUT  

CINTA DAN TAKUT

Tiada gunanya kita mencintai ALLAH tetapi kita tidak takut kepada ALLAH. Ibarat kita mencintai sahabat kita. Adakah kita takut kepadanya?

Dan tiada gunanya kita takut kepada ALLAH tetapi tidak mencintai ALLAH. Umpama kita takut kepada pegawai JPJ. Adakah kita mencintainya?

Cinta dan TAKUT kepada ALLAH perlu datang seiring. Dalam kita mencintai ALLAH, kita patuh arahanNYA serta meninggalkan laranganNYA lantaran takutnya kita kepadaNYA. Dalam kita takut kepada ALLAH, kita beramal ibadah kepadaNYA lantaran cintanya kita kepada ALLAH.

Berdasarkan dari keterangan ana di atas, ana pasti antum semua mendapat gambaran tentang perbezaan di antara takut kepada ALLAH dan takut kepada makhluk.

Seterusnya ana nak antum semua bayangkan antum semua berada dalam  situasi seperti di bawah.

..................................................................................

Abdullah sedang menunggang motor untuk ke pasar. Di dalam perjalanan, dia tersedar yang dia lupa membawa dompetnya. Tiba-tiba dia terlihat satu sekatan jalan raya 100m di hadapannya. Dia dengan pantas berpatah balik kearah yang berlawanan.

.................................................................................

Pada hemat antum semua, bagaimanakah perasaan Abdullah ketika itu? Ana yakin 'TAKUT' menjadi jawapan antum semua. Dapatlah ana jelaskan di sini bahawa TAKUTnya kita kepada makhluk itu menyebabkan kita JAUHnya kita dengan makhluk itu sementara TAKUTnya kita kepada ALLAH menyebabkan DEKATnya kita kepada ALLAH. 

Sebelum ana akhiri post kali ini, ingin ana kongsikan kepada antum semua firman ALLAH taala :

"...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah"
surah al-baqarah, 165.

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."
surah an-nur, 52.

Sekian.

Jumaat, 30 Mac 2012

Cita-cita dan cabaran


Assalamualaikum w.b.t.


Sedikit perkongsian ana kali ini berkenaan cita-cita dan cabaran, Rasulullah pernah melukis satu rajah :



Cita-cita itu adalah perkara yang jauh. Mungkin ajal akan datang di kala kita sedang menggapai cita-cita. Sebab itu cita-cita terletak di luar kotak ajal. Namun bencana lebih dekat dari ajal kepada manusia. Sabda Rasululah :

 Manusia itu akan didatangi cabaran demi cabaran. Selepas selesai melepasi satu cabaran, maka cabaran lain pula akan tiba kepadanya. Sehinggalah dia dijemput oleh ajal.

Renung-renungkan. :)

Ahad, 25 Mac 2012

Romantiknya..


Assalamualaikum w.b.t.


Kalau dapat romantik-romantik lagi best. InsyaALLAH :)

Khamis, 22 Mac 2012

Sesungguhnya kita perlu saling ingat-mengingat. :D


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, ana berpeluang sekali lagi untuk menulis sesuatu buat tatapan antum semua. Semoga ianya bermanfaat, insyaALLAH.


6.00pm
22.3.2012

Masjid Uniten
Uniten


~Surah At-Takasur (1-8)






*ALLAH menegur hambaNya yang suka bermegah-megah dengan nikmat kurniaanNya sehingga lalai untuk beribadah kepadaNya.


*ALLAH turut memberi amaran sebanyak dua kali agar menjauhi sifat ini. (Ayat 3-4).


*Kita akan ditanya oleh ALLAH tentang segala nikmat yang kita nikmati di akhirat kelak. (Ayat 8).


*Kesimpulan ayat

  • Kita hendaklah bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan ALLAH yang kita perolehi.
  • ALLAH membenci hambaNya yang bermegah-megah.
  • Segala nikmat yang kita perolehi selama ini hanyalah pinjaman ALLAH semata-mata dan akan dipulangkan di akhirat kelak.

~Dakwah Islamiyyah


*Once you choose Islam, you must take it completely.
*Antara panduan untuk bergabung dengan Islam:-

  • An-Nahl (36) : Mengembaralah dan ambil pengajaran dari umat-umat yang mendustakan rasulnya.
  • Ali Imran (31) : Mengikut jejak rasulullah dalam menyampaikan dakwah.
~Definisi Dakwah

*Bahasa : Menyeru, memanggil.
*Syara' : Menyeru manusia ke jalan ALLAH, fisabilillah.
*Menurut Ibn Taimiyyah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada ALLAH dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasulNya, iaitu dengan membenarkan segala yang disampaikan oleh rasul-rasul dan mentaati perintah mereka.

~Hukum Dakwah

*Sesetengah ulama : Fardhu 'Ain menurut kadar keupayaan berdasarkan hadis.
 “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).
*Sebahagian besar ulama : Fardhu Kifayah berdasarkan firman ALLAH.
  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.  (Ali Imran ,104)
*Ulasan Ibn Taimiyyah : KewajiBan ini adalah kewajiban ke atas keseluruhan umat, dan ini yang oleh para ulama disebut Fardhu Kifayah. Apabila segolongan umat melaksanaknnya, gugurlah kewajiban itu dari yang lain. Seluruh umat dikenai kewajiban itu, tetapi bila segolongan umat telah melaksanakannya, maka tertunailah kewajiban itu dari yang lain.


~Matlamat dan Kepentingan


*Menyelamatkan diri dari azab ALLAH. An-Nisa (97). Ditujukan kepada sesiapa yang berada dalam daerah kafir sedangkan ia mampu berhijrah ke tempat lain. Ia dikira menzalimi dirinya sendiri jika terus tinggal di daerah itu tanpa melaksanakan ajaran ALLAH.
*Menyelamatkan ummah. Umat zaman ini mengambil barat sebagai panduan dan rujukan. Umat perlu kembali kepada Islam.
*Memenuhi sifat mukmin sejati. Tidak lengkap iman seseorang itu selagi dia tidak pergi berdakwah.
*Membezakan diri daripada golongan munafiq. At-Taubah (67). Orang munafiq menyuruh kepadda yang mungkar, mencegah yang makruf.
*Mewarisi jalan Rasulullah.
*Memastikan keutuhan ummah. Al-Maidah (2)


~Tambahan


*ALLAH lebih mencintai hambaNya yang masih muda yang beribadah kepadaNya berbanding hambaNya yang telah tua.
*Jalan dakwah tiada penghujung. Kita bukan pemula, bahkan bukan juga pengakhir. Kita hanyalah penyambung.
*Kalau ianya senang, bukan dakwah namanya. Kebenaran takkan tercapai dengan mudah. ALLAH pasti mengujinya dulu.


Sampai di sini sahaja perkongsian ana kali ini. Semoga antum semua mendapat manfaat, insyaALLAH.

Khamis, 15 Mac 2012

I care, I share this


Assalamualaikum w.b.t.


Sharing is caring. I care u all, and I share this.


15 Mac 2012
10.10 pm
Guest room A2
Amanah, Uniten


~Surah Al-Qariah (1-11)






Serba sedikit perkongsian mengenai surah ini,


*surah ini menceritakan mengenai hari kiamat bila mana kejadian hari kiamat adalah suatu kejadian yang kita tidak mampu untuk bayangkan. Bagaimana dan bila? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.


*Janji ALLAH :- 

  • Orang yang banyak berbuat kebaikan akan diberi ganjaran syurga.
  • Orang yang ringan amalan kebaikannya dimasukkan ke dalam neraka Hawiyah, yakni api yang sangat panas.
*Tiada yang kekal di dunia ini melainkan ALLAH yang maha Esa.

*ALLAH itu maha Adil, Dia akan memberi balasan yang setimpal dengan amalan hambaNya. tidak di dunia, di akhirat kelak pasti.

~Ruang Lingkup Tarbiah

Tarbiah mencakupi semua perkara, bermula daripada sebesar-besar perkara sehinggalah kepada sekecil-kecil(furu') perkara.
Contohnya :- Bermula daripada solat(besar) kepada bagaimana berwudu'(furu'),rukhsah solat(furu') dan lain-lain.

*Tarbiah Aqidah. Asas kepada pentarbiahan manusia.
*Tarbiah Ruhiyyah. Pendidikan jiwa melalui ibadah-ibadah kepada ALLAH.
*Tarbiah Khuluqiyyah(akhlak). Pembentukan akhlak dari tarbiah ruh yang baik. Akhlak yang baik akan terjadi dengan sendiri tanpa perlu berfikir. Contoh : Setiap kali selesai minum air tin, Ali akan membuang tin tersebut ke dalam tong sampah kerana sudah menjadi terbiasa.
*Tarbiah Aqliyyah. Mendidik dan memimpin akal untuk berfikir, merancang dalam ilmu berpandukan sumber-sumber utama serta mengkaji sesuatu ilmu itu sebelum disebarkan.
*Tarbiah Jasmaniyyah. Islam menuntut umatnya menjaga kesihatan kerana ALLAH mencitai hambaNya yang kuat.
*Tarbiah Ijtima'ie. Surah Al-Hajj (77-78). Memberikan komitmen 100% kepadda gerakan Islam dalam menyebarkan dakwah.
*Tarbiah Siasah. Penggunaan strategi yang berkesan dalam pembentukan ummah kepada ketaatan kepada ALLAH secara keseluruhan.
*Tarbiah Jihad. Memerlukan kefahaman dan amal daripada asas-asas tarbiah yang lain. Mencakupi kefahaman, akhlak, iman, persediaan ruh, persediaan mental, persediaan jasad dan persediaan keperluan.

~Unsur Mempengaruhi Keberkesanan Tarbiah

*Individu. Diri sendiri dalam berusaha untuk ditarbiah. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu.
*Bi'ah(persekitaran). Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan ditarbiah. Berada dalam Bi'ah Solehah(persekitaran yang baik).
*Amali. Mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan hanya mengetahui teori semata-mata.
*Mas'ul/Naqib. Pemimpin beranggungjawab memimpin orang yang dipimpin ke arah jalan yang diredhai ALLAH.

~Wasilah Tarbiah Islamiyyah

Wasilah tarbiah islamiyyah adalah pendekatan diri kepada tarbiah islamiyyah.

*Usrah. Bulatan gembira.
*Katibah. Qiamullail beramai-ramai.
*Rehlah. Rehlah bersama Rabbani.
*Daurah. Daurah Nuqaba'.
*Nadwah. Program Hidayah Milik ALLAH.
*Mukhayyam/Tamrin. Espada', Smart Camp.
*Muktamar. Muktamar PPI.
p/s contoh adalah seperti yang ada di UNITEN.

~Tambahan

*Antara sebab kerja last minute yang diberikan naqib adalah untuk melihat komitmen ahli. Contoh :- panggilan jihad di jalan ALLAH seperti berperang yang datang secara tiba-tiba. Sanggupkah kita?
*Ketika azan berkumandang, kita masih menonton tv. Siapakah tuhan kita? (point to myself).
*Diceritakan satu kisah di mana Rasulullah telah mengatakan bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar AS-Siddiq, timbangan itu adalah lebih berat daripada timbangan seluruh umat Islam. Kerana Abu Bakar adalah orang yang pertama menyampaikan apa yang diperkatakan oleh baginda Nabi. Selagi mana umat Islam mengamalkan apa yang yang diperkatakan oleh beliau, selagi itulah amalan beliau bertambah. Oleh itu, jadilah orang yang menyampaikan. Wallahualam.


Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian dari ana kali ni. Moga antum semua mendapat manfaat darinya, insyaALLAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kisah sebatang pensel



Assalamualaikum w.b.t. 


Kali ni ana nak kongsi satu kisah. Satu kisah yang sangat terkesan. InsyaALLAH bermanfaat buat semua.


Kisah sebatang pensel

Ada sebuah kisah dan cerita.

Seorang pembuat pensel baru sahaja menyelesaikan tugasnya mencipta sebatang pensel di kilangnya. Tiap-tiap hari, pekerjaannya ialah mencipta dan membuat pensel untuk kegunaan orang ramai.

Pensel yang diciptakannya itu, akan dibuat dengan penuh ketelitian, penuh kesungguhan dan ketekunan. Dia inginkan pensil itu adalah pensel yang bagus, baik dan terbaik!

Si pensel begitu bersemangat untuk menjalani kehidupannya sebagai sebatang pensel. si pensel teruja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kelak. Berkhidmat sebagai sebatang pensel yang bermutu dan disukai ramai. Sehinggalah, si pembuat pensel sedang membungkus pensil itu untuk disusun di dalam kotak untuk diedarkan ke pasaran dan ketika itulah, si penulis memberi nasihat kepada pensel itu.

Katanya : “ Wahai pensel, kamu ingatlah pesanan aku ini agar kamu boleh menjadi pensel yang terbaik.”

“ Pertama, untuk menjadi pensel yang terbaik kamu mesti membenarkan diri kamu untuk berada dalam genggaman seseorang.”

Pensel mendengar dengan penuh khusyuk.

“ Kedua, apabila berlalunya masa kamu akan menjadi tumpul dan ketika itu, kamu perlu bersedia untuk mengalami kesakitan dan kepedihan apabila diasah agar kamu kembali tajam.”

“ Ketiga, bahagian anggota kamu yang paling berharga dan bernilai ialah bahagian dalaman kamu. Bahagian inilah yang akan menentukan berkualitinya diri kamu atau tidak. Karbon dalam diri kamulah yang akan menjadikan kamu pensel yang berkualiti atau sebaliknya.”

Pensel tetap setia mendengar pesanan si pembuatnya.

“ Keempat, kamu juga harus bersedia untuk memadam segala kesilapan-kesilapan yang telah kamu lakukan dengan segera.”

Si pembuat pensel berhenti seketika, sambil merenung tajam kepada pensel.

“ Dan yang terakhir, kamu perlu ingat di atas permukaan apa pun, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata kamu perlu meninggalkan kesan dan bekas. Kamu harus melakukan tugas kamu dengan nyata dan jelas sebagai sebatang pensel. Biarpun sukar, kamu mampu melakar dengan baik! ”

Pensel terdiam. Dia membiarkan dirinya dibalut dan dibungkus di dalam kotak. Ketika itu, dia berazam untuk menjadi pensel yang terbaik.

Saya lihat, wajah anda berkerut kehairanan. Betul tak? Sebenarnya saya ingin kongsi sesuatu dengan anda. Sebuah analogi yang baik untuk sama-sama kita renungi.

Mari kita letakan diri kita dalam situasi si pensel itu. Jika pensel itu adalah pensel yang terbaik, ia perlu melakukan apa yang telah dipesankan oleh si pembuat kepadanya itu dengan nyata dan bersungguh-sungguh.

Apa kata kita letakan situasi analogi itu kepada diri kita. Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu melihat nasihat dan pesanan si pembuat pensel itu dalam presepsi dan sudut pandang kita sebagai insan, manusia dan hamba.

Manusia yang terbaik
Kita jadikan analogi diatas sebagai panduan dan kita reflekkannya kepada diri kita.

Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman Allah SWT. Kita perlu berada dalam naungan dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati.

Firman Allah SWT :

“ Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahu-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.” [1]

Kedua, untuk menjadi manusia yang hebat dan tabah kita sebagai manusia perlu menahan kepedihan apabila diasah dan diasak dengan ujian-ujian, dugaan dan cabaran yang Allah SWT berikan.

Firman Allah SWT :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [2]

Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian itu?

Ia adalah hati. Hatinya perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, ia sentiasa memelihara hubungan dengan Allah SWT dan hati itu ia sangat bersih, jernih, bercahaya dan berkualiti.

Keempat, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang perlu bersedia memadam segala kesalahan-kesalahannya yang bertentangan dengan syara. Dosa dan maksiatnya harus dihapuskan dengan linangan air mata taubat. Ia perlu sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat.

” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [3]

Dan yang terakhir iaitu yang kelima,

Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu menzahirkan amalan kita walau apa pun situasi dan keadaan dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah SWT. Manusia yang terbaik, akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap suasana di sekelilingnya.

(1) – Semua manusia berhajat, berkeinginan dan menyimpan hasrat untuk menjadi terbaik. Namun, hanya segelintir sahaja yang bergerak dan bersungguh menuju jalan-jalan yang akan mendekatkannya kepada tangga kejayaan untuk menjadi yang terbaik.

(2) – Pensel dan manusia adalah 2 unsur yang berbeza. Namun analogi di atas mewujudkan persamaan yang sangat mengena. Saya termenung panjang apabila memikirkannya.
(3)- Jika kita lihat, untuk menjadi terbaik hal ini kembali kepada diri kita dan perubahan yang harus kita gerakkan. Memang benar, jika inginkan yang terbaik kita harus melakukan perubahan, untuk melakukan perubahan kita harus berkorban. Pergorbanan itu benar-benar diperlukan untuk menjadi yang terbaik!


p/s Kisah ini ana ambil bulat-bulat dari satu post seorang rakan. Sekian :)

Khamis, 8 Mac 2012

Malang tidak berbau


Assalamualaikum w.b.t.


Adakah antum tahu apa yang bakal terjadi 2 minit lagi? 4 minit lagi? 2 jam lagi? mahupun setahun akan datang?


Seperti yang diceritakan dalam satu kisah 
Ada seorang pemuda yang kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran ke luar negara berjumpa dengan seorang rakannya, seorang ustaz. Dengan sombong, lelaki tadi membandingkan gaya hidupnya di luar negara dengan rakannya yang hanya menjadi anggota surau.

Pemuda : Aku ada 3 soalan yang nak tanya kau kalau kau betul-betul ustaz. 
Ustaz : Dengan izin Allah, aku cuba jawab soalan kau. 

Pemuda : Tapi ustaz dan profesor di universiti aku pun tak dapat jawab.
 
Ustaz : Aku cuba jawab sedaya yang aku mampu. 

Pemuda : Aku ada 3 soalan. Pertama, kalau betul Allah tu wujud, tunjukkan kat aku di mana Allah? Kedua, jelaskan kat aku apa itu takdir? Dan ketiga, kenapa syaitan yang dicipta daripada api dimasukkan ke dalam neraka yang ada api? Tentu syaitan tak merasa sakit kerana kedua-duanya mempunyai unsur yang sama. Adakah Allah tidak mampu berfikir sejauh itu? 


Sambil tersenyum, ustaz tadi terus menampar muka rakannya. 


Pemuda : Kenapa kau tampar aku? (Sambil menahan sakit)
 
Ustaz : Itu adalah jawapan aku untuk ketiga-tiga soalan kau.
Pemuda : Aku tak faham. Apa kaitannya? 
Ustaz : Macam mana rasa kena tampar? Sakit? 

Pemuda : Mestilah sakit. 

Ustaz : Jadi kau percaya sakit itu ada? 

Pemuda : Ya. Sebab aku rasa. 

Ustaz : Jadi tunjukkan kepada aku kewujudan sakit itu. 

Pemuda : Err... 

Ustaz : Itulah jawapan bagi soalan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Allah tanpa mampu melihatNya. 


Pemuda itu hanya mampu ternganga mendengar penjelasan rakannya. 


Ustaz : Kau pernah terfikir aku akan tampar kau hari ni? 

Pemuda : Tak! 

Ustaz : Kau pernah bermimpi aku akan tampar kau?
Pemuda : Tak! 
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir. 
Segalanya telah ditentukan.

Sekali lagi pemuda itu melopong mendengar kata-kata rakannya. 


Ustaz : Aku tampar dengan tangan. Tangan aku diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit. 
Ustaz : Dan pipi kau diperbuat daripada apa? 

Pemuda : Kulit jugak.

Ustaz : Macam mana? Sakit tak? 
Pemuda : Sakit. 

Ustaz : Walaupun tangan aku dan pipi kau sama-sama diperbuat daripada tanah, tapi sakitnya tetap dirasa. Syaitan juga begitu. Walaupun syaitan daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Akhirnya, pemuda itu sedar walaupun dia belajar di luar negara, ilmu sahabatnya jauh lebih tinggi daripadanya.

 Ok, apa yang ana ingin sampaikan bukanlah 'adakah ALLAH itu wujud?' mahupun 'mengapa syaitan dicipta dari api dan dimasukkan kedalam neraka yang berapi?', tetapi apa yang ana ingin sampaikan adalah KITA TIDAK MENGETAHUI APA YANG AKAN TERJADI PADA MASA HADAPAN. Seperti yang berlaku di dalam kisah di atas bila mana pemuda tersebut tidak pernah terfikir pun yang dia akan ditampar pada hari itu.


Malang tidak berbau, jadi berhati-hatilah dalam melakukan apa sahaja. Dan jika kita ditimpa kemalangan, sabarlah. Janganlah kita marah dan menyalahkan sesiapa pun di atas apa yang telah terjadi. Sesungguhnya musibah itu adalah teguran ALLAH kepada kita, ada hikmah disebalik setiap kejadian dan hanya ALLAH yang maha mengetahui akan sesuatu. Seperti firmannya


 ÙˆَاتَّÙ‚ُواْ اللّÙ‡َ ÙˆَÙŠُعَÙ„ِّÙ…ُÙƒُÙ…ُ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمٌ
Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap 
sesuatu.
Al-Baqarah (282)



p/s Along eksiden smlm, alhamdulillah tiada kehilangan jiwa,hanya kereta bersemadi di kedai besi

Rabu, 7 Mac 2012

Adakah kita beruntung?


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah kali ni ana berpeluang untuk menulis entri kali ni yang insyaALLAH bermanfaat buat antum semua. Ingatkah antum semua dengan Surah Al-Asr :


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr (1-3)

Surah ini mengatakan kita tergolong dalam golongan yang rugi melainkan kita semua tergolong dalam golongan yang :
Beriman
Beramal soleh
Berpesan-pesan dengan kebenaran
Berpesan pesan dengan kesabaran
Tanpa kita semua sedari, tanpa ana sedari, tanpa antum semua sedari, adakah kita semua tergolong dalam kalangan empat golongan di atas, ataupun kita semua tergolong dikalangan hamba-hambanya yang rugi? 

Kepada golongan yang 'beruntung', alhamdulillah, tahniah ana ucapkan. Kepada yang rugi, ana mintak kita semua check balik diri  kita, diri ana, diri antum semua. Muhasabah diri balik dengan apa yang telah kita semua lakukan selama ini. Sentiasa perbaharui niat, segala apa yang kita semua lakukan,semua kerana ALLAH. Lillahi taala. Bukan kerana sesiapa, tetapi kerana ALLAH taala.

Dan ingatlah sekiranya antum semua bahawa tiada kebaikan yang dapat dilakukan tanpa menghadapi halangan dan cabaran seperti mana firman ALLAH :

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
Al-'Ankabut (2-3)

Dan jika kita semua merasa penat dan ingin berputus asa dalam melakukan kebaikan itu, ingatlah ALLAH sentiasa membantu hambaNya yang menolong agamaNya.

Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.
Surah Muhammad (7)



p/s bersangka baiklah degan setap kejadian yang berlaku

Selasa, 28 Februari 2012

Mutiara kata


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, kali ini ana berkesempatan untuk berkongsi sedikit mutiara kata yang dapat dapat dari sedikit pembacaan sebuah novel. Buat renungan bersama.


................................................................................

Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith in ALLAH, some things will be clearer than others.

...............................................................................

The people, nowadays, are pouncing for worldly benefits as if the purpose of their creation were to compete over the worldly materialisticgains and collect them. They forgot a day when they will return back to ALLAH.

...............................................................................

Contengan Jalanan, Hlovate

...............................................................................

Ok, tadi ana da kongsi sedikit mutiara kata dari novel Contengan Jalanan, kali ni ana nak kongsi satu lagi mutiara kata yang kali ana dapat dari satu perkhemahan ESPADA yang ana pergi minggu lepas.

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal" 
[ Saidina Ali bin Abi Thalib ]





p/s Terkilan dengan kata-kata mantan perdana menteri yang mengatakan hukum hudu hanyalah ciptaan ahli fiqah. Nauzubillah himin zalik

Isnin, 27 Februari 2012

Jom try!



Assalamualaikum w.b.t.


Kali ini ana ingin kongsikan sedikit gambar dan mutiara kata yang insyaALLAH bermanfaat buat antum semua.


Gambar


Hadis Riwayat Bukhari

Mutiara kata

"Bacalah akan kamu al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari akhirat kiamat mensyafa'atkan orang yang membacanya" hadis riwayat Muslim 


Gambar balik.


Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
p/s
*utrujjah = sejenis limau*
*raihanah = tumbuhan yang harum*
*hanzalah = tumbuhan yang pahit*

 Buat renungan bersama-sama.




p/s kena jadi vegetarian la plak minggu ni.

Sabtu, 18 Februari 2012

Typical Malaysian



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, buat sekian kalinya ana berkesempatan untuk menulis sesuatu dan sesuatu ini ana tulis dan ana garap atau boleh dikatakan ana ambil sebijik-sebijik dari satu novel yang ana baru je abis baca. Semoga antum semua mendapat manfaat, insyaALLAH.


.....................................................................................

"Macam mana nak jadi baik?"
"untuk jawab soalan tu, aku rasa it's better to define 'BAIK' tu dulu"
"Baik tu apa?"
"Baik tu baik la"
"Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan ALLAH tu 'BAIK'"
"Beriman dengan ALLAH tu macam mana?"
"Apabila buat semua yang ALLAH suruh dan tinggalkan yang DIA larang?" 
"Betul. Couldn't say  it better myself"
"Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi la tu"

...................................................................................

"If you forget off what you were, you'd never be grateful of what you are. Ingat tu. Perlu bersyukur dengan what you're now, and nonetheless before, kadang-kadang benda tu kita lupa."

...................................................................................

"Its not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. Its about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is 'BAIK'"
"Tapi tu la. Definisi 'baik' di Malaysia, lain"
"Sebab tu difinisi tu dibentuk oleh masyarakat sekeliling"
"Biasanya, kita kat Malaysia akan label baik tu apabila...say...a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stokin siap. That's 'BAIK' for Malaysia standard. Kira cukup baik la tu. Alim orang kata. Quote, unquote"
"Tapikena tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? Kalau bab aurat da settle tapi pergi karaoke lounge, pergi cinema, pergi konsert, adakah masih boleh bawak lesen 'BAIK'tu jugak lagi?"
....................................................................................
Versus, Hlovate
...................................................................................


Seperti mana yang antum semua lihat kat atas ni, ana boleh klasifikasikan yang ana kena ubah diri ana jadi 'baik' untuk jadi 'BAIK'. Its not easy, but nothing impossible.

Ana kena check balik niat, ana nak berubah jadi baik, sentiasa refresh balik niat ana selalu agar the only niat if change for ALLAH, only ALLAH.

And remember, from ALLAH we come, to ALLAH we return.





P/s Alhamdulillah, dpt da dslr yang dicari-cari selama ni.