Sabtu, 11 Ogos 2012

Cinta dan Takut



Assalamualaikum wbt.

Apa kabar sahabat-sahabat di luar sana? Ana harap antum semua dalam keadaan sihat sahaja, baik rohani mahupun jasmani.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana ana diberi kekuatan untuk kembali menulis. Bukan sengaja untuk meninggalkan lapangan penulisan tetapi keadaan diri yang terkapai-kapai dan terkontang -kanting dalam mencari penawar hati memaksa.

Sebelum ana mulakan post kali ni, ana nak bertanyakan satu soalan. 


TAHUKAN ANTUM SEMUA, APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TAKUT KEPADA ALLAH DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK?

Sebelum ana pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan ini, ana nak terangkan bahawa terdapat dua unsur yang memandu kita kearah mendekati ALLAH.

CINTA 
TAKUT  

CINTA DAN TAKUT

Tiada gunanya kita mencintai ALLAH tetapi kita tidak takut kepada ALLAH. Ibarat kita mencintai sahabat kita. Adakah kita takut kepadanya?

Dan tiada gunanya kita takut kepada ALLAH tetapi tidak mencintai ALLAH. Umpama kita takut kepada pegawai JPJ. Adakah kita mencintainya?

Cinta dan TAKUT kepada ALLAH perlu datang seiring. Dalam kita mencintai ALLAH, kita patuh arahanNYA serta meninggalkan laranganNYA lantaran takutnya kita kepadaNYA. Dalam kita takut kepada ALLAH, kita beramal ibadah kepadaNYA lantaran cintanya kita kepada ALLAH.

Berdasarkan dari keterangan ana di atas, ana pasti antum semua mendapat gambaran tentang perbezaan di antara takut kepada ALLAH dan takut kepada makhluk.

Seterusnya ana nak antum semua bayangkan antum semua berada dalam  situasi seperti di bawah.

..................................................................................

Abdullah sedang menunggang motor untuk ke pasar. Di dalam perjalanan, dia tersedar yang dia lupa membawa dompetnya. Tiba-tiba dia terlihat satu sekatan jalan raya 100m di hadapannya. Dia dengan pantas berpatah balik kearah yang berlawanan.

.................................................................................

Pada hemat antum semua, bagaimanakah perasaan Abdullah ketika itu? Ana yakin 'TAKUT' menjadi jawapan antum semua. Dapatlah ana jelaskan di sini bahawa TAKUTnya kita kepada makhluk itu menyebabkan kita JAUHnya kita dengan makhluk itu sementara TAKUTnya kita kepada ALLAH menyebabkan DEKATnya kita kepada ALLAH. 

Sebelum ana akhiri post kali ini, ingin ana kongsikan kepada antum semua firman ALLAH taala :

"...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah"
surah al-baqarah, 165.

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."
surah an-nur, 52.

Sekian.