Isnin, 17 Mac 2014

Manusia Biasa

Jangan terlalu menyukai,
Jangan terlalu mengagungkan,
Jangan terlalu memuliakan,

Kerana dia manusia biasa.

Andai kamu ketemu kelemahannya,
Andai kamu ketemu kesilapannya,
Andai kamu ketemu dosanya,

Pasti kamu kecewa,
Pasti kamu tak dapat menerimanya,
Dan paling bahaya jika kamu tetap mempertahankan kesalahannya.

Kerana yang batil tetap batil.
Dia juga manusia biasa.
Aku dan kamu juga sama.

Manusia biasa.

#keepprayforMH370

Khamis, 13 Mac 2014

MH370

Assalamualaikum wbt. 

Sudah enam hari negara kita digemparkan dengan satu peristiwa menyedihkan hati, yang saya pasti membuatkan seluruh rakyat Malaysia turut bersedih.

Kehilangan kapal terbang MH370 sewaktu penerbangan ke Beijing dari Malaysia yang membawa 230 orang penumpang masih menjadi misteri. Banyak spekulasi di buat seperti kapal terbang tersebut telah dirampas pengganas, telah terhempas di vietnam dan yang terbaru terhempas di selat melaka dan ada penduduk kampung yang melaporka  melihat sebuah kapal terbang yang terbang rendah dan ekornya terbakar. Wallahualam. 

Tapi,apa yang perlu kita buat? Berdiam diri?
Menyebarkan spekulasi? 

Teruskan berdoa. Mohonlah pertolongan daripada Allah taala kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. 

Sedih.
Sedih.
Sedih.

Sedih apabila melihat ada yang memohon bantuan daripada bomoh untuk mencari kapal terbang tersebut. Apa mungkin kita meminta pertolongan daripasa sesuatu yang selain dariNya? Dua hari yang menyedihkan  bilamana melihat rakyat diperbodohkan dengan meminta bantuan 'raja bomoh'. Lebih menyedihkan. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Teruskan berdoa.
#keepprayforMH370