Sabtu, 30 Julai 2011

Bila dia datang, jangan di abaikan.




Aassalamualaikum w.b.t.

Jom daftar!
Kemasukan baru ke Universiti
Tarikh : 1 ogos 2011
Nama U : Universiti Ramadhan Al- Mubarak
Kos Wajib : Berpuasa
Kos Spesial : Terawih
Kos Tambahan : Baca Quran, zikir, sedekah , dan etc
Ujian Kenaikan Markah : 10 Ramadhan terakhir
Kelulusan : Ijazah Ketaqwaan Kelas Pertama
Konvo : 1 Syawal
*Extra..tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Kos : Puasa 6 bulan syawal


Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” 
(Surah al-Baqarah, 2: 185)


Jadikan Ramadan kali ini
sebagai kepompong kepada islah diri,
Bina kekuatan,
Tambah ilmu,
ketatkan aqidah.
Mantapkan ibadah,
Perkasakan syakhsiah.


Moga syawal kita nanti 
menjadi rama-rama yang
paling cantik
dengan sayap yang kuat,
dan dapat terbang jauh menjadi 
agen perubahan umat.


Dan Ramadhan itu adalah Universiti Tarbiah. Ayuh praktiskan semua amalan walaupun selepas tibanya syawal. Moga Istiqmah. InsyaALLAH.

Dan jangan dilupa akan Lailatul Qadar
Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar. Surah Al-Qadr (1~5)


p/s just a copy paste from some source with editted..

Isnin, 25 Julai 2011

Power Rangers gabung ng sailormoon belasah super duper keluangman..


Assalamualaikum w.b.t.


Panas.panas.panas. Mesti pelik an tiba-tiba je panas. Nak kata matahari atas kepala, tak pulak. Musykil.Musykil.Musykil.


Hurm. Lets say, today is your wedding. Can you imagine it?


Ni korang nak nikah jap lagi ni. Pakai cantik, molek, anggun, seksi. ops. Takde. takde. hehe


Ok, akad nikah ni buat dekat rumah. Tak buat kat masjid. Tak tau la asal kat uma an, bukan kat masjid. Jalan jam kot. Tak pun ada perhimpunan Bersih 2.0 ke an. Tak la an.


Back to the story back. Pakaian dah macam gadis melayu terakhir da ni. Bertudung, baju tebal, sume tertutop. Mang orang respek r dekat sang suami, pandai pilih isteri. Tutop aurat.






Tiba-tiba time sanding, engko lepak je tayang rambut. Fuyyo, rebonding tu. Malatop beb. hehe


Can you imagine that?



Engko ni tutop aurat waktu akad nikah je ke? Ish.Ish.Ish. ape la nak jadi ek.


Haram.Haram.Haram.


orang yang menutup aurat ibarat gula-gula yang masih berbalut.


Ni la generasi manusia zaman sekarang, waktu akad nikah, sopan,muslimah. Time sanding, Nauzubillah. Terdedah sana, terdedah sini, terdedah sinun. Ish.Ish.Ish. Dapat cuci mata free free je. Sabo je la.




Jadi, engko pikir-pikir la ye mana yang baik, mana yang buruk. Da besar an, boleh pikir sendri. Selamat beramal. ;)






p/s i hate facing pmpn yang dedah sini, dedah sane, dedah sinun. Nauzubillahi min zalik. 

Jumaat, 22 Julai 2011

Ultraman tu fire gune powerpoint..


Assalamualaikum w.b.t


Yang berfikiran sempit itu adalah manusia yang tertutup pintu hatinya kepada ALLAH


Engkau selalu lalai..


Tapi ALLAH selalu ingatkan..


Engkau selalu lupa..


Tetapi, ALLAH tak pernah lupa dekat engkau..


Engkau selalu gembira..


Dan ALLAH sentiasa memerhati..


Engkau selalu sedih..


Dan ALLAH sentiasa di sisi..


Engkau selalu terasa sunyi..


Dan ALLAH sentiasa disisi..


Engkau selalu memerlukan pertolongan..


Dan ALLAH sentiasa membantu..


Sedarkah engkau, ALLAH sentiasa di sisi mengingatkan, memerhati, melindungi, memberi pertolongan, dan mencintai Engkau..


Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah 
Ar-Rahman
 Dan apa yang perlu engkau lakukan?
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah
 Ingatlah ALLAH setiap saat, setiap degupan jantungmu. InsyaALLAH










p/s ditujukan kepada Muhammad Luqman Azri b Zainal Rashid

Rabu, 20 Julai 2011

Dah Sedia ke?


Assalamualaikum w.b.t.


Actually aku tidak rasa entry kali ini layak untuk ditulis oleh insan seperti aku. Sebab rasa tidak layak untuk mengingatkan orang lain sedang diri ini turut alpa dalam kelalaian.


Tetapi, aku tetap meneruskan niat untuk menulis entry kali ini dengan tujuan mengingatkan diri sendiri. InsyaALLAH.


Minggu lepas, nampak kemalangan waktu menjemput adik balik dari sekolah. Sebuah kereta tidak bergerak kerana melanggar kereta di hadapannya sementara sebuah kereta lagi melanggar belakangnya. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kereta tersebut remuk.


Tidak tahulah salah siapa sebab time aku datang, kereta itu memang sudah tidak bergerak. Tetapi, kereta dihadapan dan belakangnya tidak mengalami kerosakan yang teruk. Kemik pun macam tidak ada. 


Alhamdulillah, tiada kehilangan jiwa.


Lepas itu, aku jemput adik yang sekolah menengah pula. Sebuah motosikal kemalangan. Terjatuh agaknya. Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa even ada dua mangsa yang tercedera.


Dalam perjalanan balik, nampak sebuah rumah penuh dikerumuni orang. Ramai sangat.


Seorang insan telah pergi menghadap ilahi. Semoga ruhnya dirahmati ALLAH. Alangkah beruntungnya beliau kerana meninggal pada hari Jumaat, penghulu segala hari, hari paling mulia. Dan solat jenazahnya selepas solat Jumaat. Ramai yang menyembahyangkan jenazah.


Bagaimana pula nasib kita nanti ya? Adakah ramai yang menyembahyangkan jenazah kita? wallahualam.


Adakah nasib kita seperti Uwais Al-Qarni? Tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.


http://fisan.wordpress.com/2007/03/18/uwais-alqarni-terkenal-di-langit-tak-terkenal-di-bumi/


Dua hari lepas, jiran selang satu buah rumah meninggal dunia. Baru berumur 25 tahun. Muda lagi bukan?


Bagaimana pula dengan nasib kita nanti? Adakah kita pergi awal ataupun sebaliknya? wallahualam.


Adakah sudah cukup bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH?


Sudah bersedia ke? 



Sempatkah kita betaubat nanti?


Hanya ALLAH sahaja yang tahu

.Ajal yang datang di muka pintu 
Tiada siapa yang memberi tahu
 Tiada siapapun dapat hindari
 Tiada siapapun yang terkecuali 
~Menanti Di Barzakh, Far East~


p/s Nasib orang kita boleh nampak,nasib kita nanti bagaimana? wallahualam

Isnin, 18 Julai 2011

Pusat Tenaga Manusia


Assalamualaikum w.b.t.

Tahukah anda, apabila tangan di gosok sekurang-kurangnya 15 kali, dan digosokkan pada tempat tertentu ,  ia dapat membantu memberi ransangan tenaga pada bahagian tersebut.

  1. Muka (kawasan sinus aka resdung)
  2. Dahi kiri (kawasan pening)
  3. Dahi kanan (kawasan migrain)
  4. Kepala (semangat,daya ingatan)
  5. Belakang kepala (kawasan tidur)
  6. Tengkuk (stress, tekanan)
  7. Dada kanan (paru-paru)
  8. Dada kiri (jantung)
  9. Dada tengah (hati)
  10. Perut atas (usus kecil)
  11. Perut bawah (usus besar/kolon)
  12. Pinggang (buah pinggang,ginjal)
  13. Paha (kaki aka saraf darah)
  14. Lutut (ransangan serentak ke seluruh sistem badan)
Sekiranya anda rasa mengantuk di dalam kelas mahupun di tempat kerja, bolehlah mengamalkannya. Renung-renungkan. Selamat beramal. :)

sumber asuh.Julai 2010