
Ada orang beranggapan puasa itu hanya perlu menahan diri daripada lapar sahaja.Tahukah anda,sebenarnya,puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat.Maknanya,kita perlu menahan diri daripada nafsu.


Ada orang beranggapan, puasa akan dilalui dengan succes seandainya dia mampu menahan lapar selama 1 bulan. sedarkah anda sebenarnya puasa kita hanya akan succes sekiranya kita mampu menahan diri daripada segala nafsu selama 1 bulan di siang hari beserta memperoleh bonus LAILATUL QADAR.

Ada orang beranggapan, dia harus mengkhatam kan bacaan Al-Quran nya dalam 1 bulan. Tetapi, adalah lebih baik kita tidak mengkhatam kan Al-Quran dalam Ramadan,tetapi membaca Al-Quran dengan penuh tartil, betul tajwid, istiqamah dan yang paling penting, kita menghayati istilah-istilah yang dibawa, oleh Al-Quran disamping mengamalkannya.


Ada orang beranggapan, tidak perlu bersahur bagi memenuhi waktu rehatnya. Tetapi, sedarkah anda,sahur itu 1 sunnah,mempunyai barakah. Dan kita disunatan untuk melambatkan sahur dan mengawalkan berbuka.
Kesimpulannya, marilah bersama-sama menjadikan bulan Ramadan ini bulan yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam,dan akan sentiasa bertambah keimanan tehadap ALLAh.
p/s mengingat kan diri ini sebenarnya.
salam..
BalasPadamselamat berpuasa..hehe
selamat berpose juga
BalasPadam