Selasa, 5 Oktober 2010

....

kalaulah masa boley dputar kembali..
tapi sedarkah kita??
itu hanya angan-anganmu
yang tidak mungkin tercapai

sadarkah lagi
yang kita umpama menyalahkan takdir
dengan menggunakankan pekataan 'kalau' itu
terimalah hakikat itu
belajar dari kesilapan

pengalaman itu harta yang sangat bernilai


p/s.aku indu kwn2 sbpij sume..bojat,sori xdtg uma ko sblm ko fly

Khamis, 12 Ogos 2010

Hari Ini

Hari ini seperti semalam. Seperti Kelmarin. Seperti hari-hari sebelumnya. Mengapa???


Kerana ternanti-nanti sesuatu yang tidak pernah hadir.

Mungkin benci itu menguasai diri agar terus membenci.


Atau sayang itu yang tidak pernah hadir untuk membuang benci.


Kasih itu seperti suatu pasir yang mudah terlerai apabila kita melalukannya pada air laut.


Mungkin juga rasa itu telah pergi bersama angin malam yang dingin sehingga mencucuk tulang sum-sum.

WHO KNOWS.......

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADAN DATANG LAGI : ADA ORANG BERANGGAPAN






Ada orang beranggapan puasa itu hanya perlu menahan diri daripada lapar sahaja.Tahukah anda,sebenarnya,puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat.Maknanya,kita perlu menahan diri daripada nafsu.

Ada orang beranggapan, tidak boleh berbuat jahat pada bulan ramadan. Tetapi, sedarkah anda bahawa kita tidak boleh melakukan kejahatan pada bila-bila masa. Bukan pada bulan Ramadan sahaja. Tetapi, istiqamah lah untuk selamanya.


Ada orang beranggapan, puasa akan dilalui dengan succes seandainya dia mampu menahan lapar selama 1 bulan. sedarkah anda sebenarnya puasa kita hanya akan succes sekiranya kita mampu menahan diri daripada segala nafsu selama 1 bulan di siang hari beserta memperoleh bonus LAILATUL QADAR.



Ada orang beranggapan, dia harus mengkhatam kan bacaan Al-Quran nya dalam 1 bulan. Tetapi, adalah lebih baik kita tidak mengkhatam kan Al-Quran dalam Ramadan,tetapi membaca Al-Quran dengan penuh tartil, betul tajwid, istiqamah dan yang paling penting, kita menghayati istilah-istilah yang dibawa, oleh Al-Quran disamping mengamalkannya.
Ada orang beranggapan, mesti penuh kan masjid dan surau setiap malam bagi menunaikan tarawikh. Tapi, sedarkah anda bahawa ramai orang hanya memenuhi masjid di awal Ramadan sahaja kerana mula mengejar waktu untuk membeli belah sempena hari raya. Sebaiknya, beristiqamah lah dalam beribadah.
Ada orang beranggapan, dia mesti makan secukupnya di malam hari bagi mempersiapkan diri sekiranya terlepas waktu sahur. Tetapi, sedarkah anda bahawa di sunatkan besederhana sewaktu berbuka,supaya kamu tidak malas untuk beribadah selepas itu. Ingatlah, jangan membazir. Pilih keperluan, bukan kemahuan.

Ada orang beranggapan, tidak perlu bersahur bagi memenuhi waktu rehatnya. Tetapi, sedarkah anda,sahur itu 1 sunnah,mempunyai barakah. Dan kita disunatan untuk melambatkan sahur dan mengawalkan berbuka.

Kesimpulannya, marilah bersama-sama menjadikan bulan Ramadan ini bulan yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam,dan akan sentiasa bertambah keimanan tehadap ALLAh.

p/s mengingat kan diri ini sebenarnya.

Jumaat, 23 Julai 2010

Dunia Baru

setelah agak lame x update blog(rase macam sudah tidak wijud lagi blog ini),tibalah masa untuk aku meng-update nye...hehe bukan ape,agak busy la kebelakangan ini semenjak bergelar mahasiswa..ada banyak cerita nak tulis sebenarnya,tapi bukan di post ini.tetapi di post yang lain..rasa rajin nak post banyak-banyak.

post ini aku nak tujukan kepada semua PELAJAR PALING CEMERLANG(PPC) under MARA(saja huruf besar,mana tau elaun dapat lebih).haha

kuliah PPC menempat kan 23 orang pelajar lelaki yang kesemuanya hebat-hebat belaka.mereka adalah aku,bob(nasi xley kongsi),maskot(alexander),aidan(saye bob),iewan,ise(raja pes),mad(sexy),acab,adib(abos),DAUS(D***Y),najib,icad,yoke,shahir(af8),ujang(nasi lebey),kembo,kecik(tapi tahan lame),wazien(wawa),baby,asle,faizal(kononnye tahir),barrak(obama) dan aizat.kepala masing-masing agak pening.belajar jarang serius sebab tiap masa nak gelak je..masing-masing hobi nak men-drop orang je.sehingga lahirlah gelaran SEXY buat JAMAL ABDILLAH versi PPC,mat.

jadual kami sangat-sangatlah pack.4jam sehari,4 hari seminggu.bersamaan 16jam seminggu.penat tol.tiap-tiap malam kami akan mengadakan study group yang bilangan ahlinya paling sedikit 2 orang.lokasinya sama ada di bilik daus atau bilik najib.tapi minggu ni diadakan di bilik aidan.sampai 2 pagi..kebiasaannya bermula selepas pukul 10 malam sehingga kira-kira 2 pagi.betapa rajinnya pelajar PPC kan.

pelajar perempuan yang menjadi suri rumah kami ada 7 orang.walaupun begitu,mereka belum tentu mahir dalam selok-belok tugas suri rumah.seperti memasak,mengemas,membasuh dan sebagainya.hehe cantik???semestinya.kan semua ciptaan ALLAH itu telah dicipta sebaik-baik kejadian.so,jangan segan-segan kalau nak mengorat dorang ni.tapi kena ingat,pelajar lelaki nya ada 23.so,kena rebutla..hahaha mereka adalah laili(kot),atul(yang nak kena jual),kin,fauzani(suaranya sexy),hani(raja),sakinah(anak mami) dan syakinah(kemba sakinah tapi berbeza perot)..hehe

hobi mereka aku tidak tahu.tunggu la aku masuk ilmu dulu baru aku dapat bagitau korang semua.haha

sekarang nak cerita spesifik tentang bob(nasi xley kongsi).beliau ni roomate aku.badan agak tough.seperti malik nor..malik nor tu bekas anak murid dia tau..sumpah(kata wazin@wawa).hobinya adalah bersenam.setiap kali ada waktu terluang,beliau akan bersenam.tidak kiralah dimana pun.bilik kuliah,bilik aku,padang,gym,kolam renang,semua beliau layan je bersenam.hobila katakan.beliau selalu bangun awal pagi.kalau tak ada beliau la,sudah tentu aku bangun lambat punya.beliau kan jam loceng aku.hehe selain itu,beliau mempunyai wajah yang sangat lah ganas.tetapi,jangan takut,di dalan hati beliau ada taman tapi da rosak sikit la(kata maskot).gelarannya adalah bob,tetapi boby pun boleh digunakan.beliau adalah saudara MUHAMAD AMIRUN BIN MUSTAFA KAMAL(macam mengumumkan juara bina badan).
sampai di sini sahaja post kali ini.sekian.

p/s walaupun baru 4 minggu bersama.korang memang sangat-sangat lah bez..da macam bertahun bersama.macam kawan-kawan lame aku.






hari pertama selepas orentasi

selepas kuliah pertama
malam kesenian islam

Jumaat, 18 Jun 2010

Sebagai manusia,aku sayang padamu


tajuk tu bukan bermaksud sebagai cinta.tetapi sebagai seorang manusia,ke arah kebaikan.seperti kepada rakan-rakan.

aku pernah belajar tusyen bahasa inggeris.cikgu ade cakap tentang kesalahan ayat.remaja negare kite selalu nak tiru bangsa penjajah.dari cara pakaian@fesyen sehingga la pertuturan@slanga.konon nye belaja kat london.ekius me,saya bar rhu bar lake dare ri london you know.hahaha

tapi,pernah tak kite sedar,penggunaan bahasa kite salah.konon nye kite sayang dengan kekasih kite.nak tiru orang putih.tak main la cakap saya sayang padamu.tu zaman PAK KADUK la.betol tak???

so,orang putih yang lahir kat negare kite ni(walau kulit kaler cokelat) akan cakap i lap u.eh silap.hehehe

I LOVE YOU

kalu bahasa nombor die,

1 4 3

tapi,sebenarnye kite salah.penggunaan kata tidak tepat.orang putih pun tak cakap I LOVE YOU tau.dorang cakap,

I LIKE YOU...

tahu tak ape beza I LOVE YOU dengan I LIKE YOU???

tak ramai yang tahu.kalu kite dengar betol-betol dalam filem orang putih asli tu,dorang akan cakap I LOVE YOU dekat mak dorang,ayah dorang,jiran dorang,atok dorang,laki mak tiri belah nenek sedare dorang punye kawan pun dorang cakap I LOVE YOU.

sebab, I LOVE YOU bermaksud universal,menyeluruh.bukan bermaksud cinta yang satu.tetapi,cinta umum.untuk tatapan awam.tak gitu.hahahaha
sedangkan I LIKE YOU bermaksud saya cintakan awak.cinta yang jitu,tiada yang lain nye.macam CINTA SUFI dalam novel RAMLEE AWANG MURSHID tu...hahaha
takde-takde,cinta sufi tu cinta hakiki.pada ALLAH YANG SATU,MAHA BERKUASA LAGI BIJAKSANA. sambung balik,merepek sikit tadi.sikit je tau.tak banyak.hahahaha
senang cerita, I LIKE YOU tu macam cinta seorang kekasih,cinta adam pada maya.hahaha
camtu la.sedang kan, I LOVE YOU same macam I LOVE MY COUNTRY.cinta yang umum.tatapan semua.tak boleh simpan sorang-sorang.hahaha

kesimpulan nye,boleh la praktikkan ea pasni.tak payah la tiru orang putih walau anda semua takde la putih mane pun.hahaha

tapi,elok kite mencari CINTA SUFI.sebelum mencari cinta keduniaan ni..kepada yang masih belajar tu,belaja la.tak payah cintan cintun semua tu.da ade duit nanti,kawin.macam cinta MUSLIH pada QA'NIAH dalam novel DENYUT KASIH MEDIK.pada yang belum bace,tapi bercita-cita nak jadi doktor,boleh la bace dan mencontohi.aku tak termasuk tau.sebab aku tak minat jadi doktor.hehehe



sekian.


p/s cintailah akhirat.insyaALLAH dunia kita seiring.mengingat kan diri sendiri

Jumaat, 11 Jun 2010

K.A.W.A.N

KAWAN

siapa kah kawan kita???

bila direnung-renung kan,difikir-fikir kan,masih buntu.

cuba mnyelami ingatan lampau(macam la lama sangat)..

hasilnya,

kawan adalah seorang makhluk atau something else yang menjadi teman kita.haiwan pun boley,barang pun boleh,manusia pun boleh.semua boleh.

kawan mendorong kita melakukan sesuatu sama ada baik mahu pun buruk.

cuba selami lirik lagu ni :-

siapa sebenarnya aku padamu,
mungkin sama dengan teman lain,
yang bisa kau buat begini,
dan bila,
tiada lagi teman bermain,
kau pulang mendapatkan aku,
itulah aku,
padamu..

cuba teka ni lirik lagu apa???
sape terer angkat kerusi.Wah,ramai nya yang angkat kerusi.hahaha
ni mesti la lagu faizal tahir,CUBA.

bila kita renungkan betol-betol lirik tu,kita tahu.

siapa yang ada waktu kita susah,senang,seddih,gembira????
tapi,sebenarnya,kita salah.kita tidak boleh menilai kawan kita macam tu.tapi kita kene nilai diri kita.
siapa kawan kita yang kita hadir waktu dia susah,senang,sakit,sedih,gembira,sihat???
ingat lah.biar kita jadi kawan yang terbaik,walau kawan kita tidak baik.

jangan kita jadi tidak baik,walau kawan kita terbaik



Rabu, 9 Jun 2010

hidup

orang kate,


dunia umpama neraka,

hidup ibarat layang-layang

betol ke???
bongak la..hahaha sebab..dunia hanya pinjaman..dan,kite telah diberi nikmat dan kurniaan yang terbaik..tapi,dunia ini perlukan kite..sebab,kite yang mngubahnye..eh..ape yang aku tulis ni..hahaha

pejalanan hidup perlukan panduan,
panduan itu haruslah yang terbaik,
dimanakah sebenarnye panduan terbaik tu???

lihat sekeliling,
ape yang kite nampak???

alam???
awan???
pokok???

semuanya betol..tapi...

tidak tepat..

sebab,jawapan die,

ALLAH..


aku tak maksudkan pokok.awan,alam tu ALLAH..tapi,

cube pikir...
bagaimana proses pnciptaannya???
dan yang paling penting..siapa penciptanya??

jawapan ade 1..

ALLAH

hanya DIA je yang tahu

p/srenung2 kan..
selamat beramal..:DD


Ahad, 6 Jun 2010

PENAT....

Assalamualaikum...


TORA datang lagi dengan topi terbang nya..haha

bukan ape..tadi..time keje,aku baru je jumpe seorang pelakon iklan tora tu..die pun pernah berlakon iklan dendang..rupe-rupe nye,die anak bos aku..tak sangke betol..

korang tau ke TORA tu ape???

haha

sebenarnye..tengah penat nie..baru balik keje..keje ape ek??
teka la..sape dapat jwb dapat tepukan..hahaha

keje jadi waiter la..malam tadi tido lambat..sebab main futsal dengan sepupu-sepapat semua..tido pukul 3..lepas tu,pagi tadi keje..musti la penat..


aku tengah pening ni..sape ade idea..
esok aku nak keluar..tapi tak tau dengan sape..sebab esok aku cuti..aku ingat nk beli hadiah burfday mak aku..11 jun ni..pening ni..tak tau nak beli ape..

IDEA..IDEA..datang la cepat...


p/s aku rindu kawan-kawan sbpij semua..

Jumaat, 4 Jun 2010

bru wat blog..excted je..haha

senanye nk kongsi..ak suke bace blog orang..tapi aku tak ade blog..ni pun baru buat..sebab aku jeles bace blog org..bile kite da buat,baru tau sebab ape bez..

1.sebab nanti aku terer taip gune komputer..(x reti taip laju2)
2.dapat luah kan ape yang kite rase..(penulisan kaedah kedua terbaik nak luahkan perasaan selain bercakap)
3.tak ingat la..nanti da ingat aku tulis..haha


ok la..aku de hal..nanti aku tulis lagi

salam