Rabu, 30 November 2011

Ayuh jadikan ia satu amalan dan budaya dikalangan kita



Assalamualaikum w.b.t. Di sini ana ingin menyeru antum semua untuk sama-sama berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dan menjadikannya satu budaya dikalangan masyarakat moden ini, insyaALLAH. 






Buat antum semua yang melanjutkan pelajaran di UNITEN, ayuh sama-sama kita berbuka puasa di masjid pada setiap hari Khamis bertempat di Masjid, insyaALLAH. Kita mulakan program berbuka pada setiap hari khamis bermula esok hari dengan sedikit perkongsian santai pada pukul 6ptg hingga masuk waktu maghrib, berbuka dan di akhiri dengan solat maghrib jemaah.


Kepada yang berada di luar UNITEN, termasuk di Pennsylvania, Casablanca mahupun Mesir, ayuh mengamalkan amalan ini dan jadikan ia sebagai satu budaya dikalangan antum semua di mana sahaja antum berada.

Bulatan Gembira



Assalamualaikum, di kesempatan ini ana ingin mengungkapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberikan dua nikmat teragung, nikmat IMAN dan nikmat ISLAM, alhamdulillah. Rasanya masih tidak terlambat untuk ana mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada antum semua dengan doa semoga iman kita semua meningkat dari ke hari, insyaALLAH.


Bersempena maal hijrah ini, ana ingin mengajak antum semua untuk berhijrah memasuki alam BULATAN GEMBIRA : USRAH. Kepada antum yang telah pun mempunyai usrah, tahniah ana ucapkan, kepada yang masih belum, ayuh berhijrah.






Tak kenal maka tak cinta, jadi ana ingin berkongsi sedikit manfaat yang ana dapat daripada bulatan gembira ini. 


Usrah bermaksud keluarga, dan ana senang memanggilnya sebagai bulatan gembira kerana apabila kita berusrah, kita dapat kegembiraan dunia mahupun akhirat dari sebuah bulatan. 


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. 
As saff (4)

Ayuh kita muhasabah diri kita semua tujuan kita hidup di dunia ini. Sebagai hambaNya, kita wajib mematuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Rukun usrah terbahagi kepada tiga :
  • Taaruf (berkenal-kenalan)
  • Tafahum (memahami satu sama lain)
  • Takaful (saling tolong menolong)

Orang Islam itu diandaikan sebagai sebatang pokok :
  • Akarnya adalah akidah. Kuatnya akar itu dapat menyokong sebuah pokok untuk berdiri tegak di atas muka bumi ini. Begitu juga akidah kita. Kuatnya pegangan akidah kepada ALLAH menyaksikan kita tetap pendirian melakukan sesuatu lillahi taala.
  • Batangnya adalah ibadah. Tegapnya batang sesebuah pokok mampu menahan pokok itu tatkala hujan lebat, ribut taufan menerjah pokok. Begitu juga ibadah kita kepada ALLAH. Kuatnya kita beribadah mampu menahan nafsu yang melanda.
  • Bunganya adalah akhlak. Cantiknya bunga, mekarnya bunga menunjukkan kuatnya akar, teguhnya batang pokok. Begitu juga akhlak kita, cantiknya akhlak, terhasil daripada kuatnya akidah, istiqamahnya kita beribadah kepada ALLAH seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji.
Seterusnya ana ingin membicarakan tentang tauhid. Tauhid terbahagi kepada tiga :
  • Tauhid Rububiyyah : Mempercayai ALLAH sebagai Rab atau pencipta sekalian alam.
  • Tauhid Uluhiyyah : Beri'tiqad bahawa hanya ALLAH yang berhak disembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yang lain.
  • Tauhid Asma' dan Sifat : Beriman dengan setiap nama-nama dan sifat-sifat kemuliaan ALLAH.
(Surah AL-Fatihah merujuk kepada surah yang menerangkan tauhid secara lengkap)

Usrah juga menerangkan kepada kita ALLAH sebagai tempat untuk meminta. Sedarkah antum semua, siapakah tempat pertama kita meminta pertolongan dan memohon sesuatu? 

ALLAH.ALLAH.ALLAH. 

ALLAH jualah tempat kita mengadu tika bermasalah, memerlukan pertolongan, berkongsi kejayaan mahupun kesedihan. Jika hajat kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH, jangan bersedih. Tidak hari ini, esok lusa mungkin hajat itu dimakbulkan. Hanya ALLAH jualah yang tahu waktu yang sesuai hajat itu dimakbulkan. Wallahualam.

Dan tahukah antum semua setiap jam, setiap minit, setiap saat yang antum semua lalui adalah ibadah jika antum semua sentiasa mengingati ALLAH.

Akhir kata, ana tutup perkongsian kali ini dengan ucapan
'AYUH KITA BERHIJRAH!'


Ahad, 27 November 2011

Your choice!



Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni ana nak kongsi satu tazkirah dari junior ana. Buat renungan bersama.


Satu mutiara kata yang biasa kita dengar..


'Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah'

Tetapi, ana andaikan ILMU TANPA AMAL itu sebagai YAHUDI sebab orang yahudi berilmu. Dorang tau sunnah nabi, dorang tau kebenaran Islam, tapi dorang tak beramal dengannya.

Seterusnya, ana andaikan BERAMAL TANPA ILMU sebagai KRISTIAN sebab orang kristian tak tau pape, tapi dorang banyak buat amal, bahkan dorang menyelewengkan kitab dorang sendiri, BIBLE.

Dan ana simpulkan BERILMU DAN BERAMAL sebagai ISLAM, sebab orang Islam itu berilmu dan beramal sebagaimana yang ditunjukkan oleh idola kita semua, baginda nabi saw.


Oleh itu, antum semua pilih, nak apa 

BERILMU TANPA AMAL?

atau

BERAMAL TANPA ILMU? 

ataupun 

BERILMU DAN BERAMAL? 

YOUR CHOICE.


[credit]


P/S TEGURAN BUAT DIRI ANA SENDIRI.

Rabu, 23 November 2011

Ayuh semua!!!


Assalamualaikum w.b.t.


Apa kabar iman? Harap sihat sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi, ana diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi sedikit mutiara kata, dan syukur kehadrat ilahi sekali lagi antum semua diberi peluang untuk membaca mutiara kata ini.

...............................................................................

Abdullah : Bro, sarapan pagi ade tak?
Abdullah 2 : Tak..
Abdullah : @#*(&^$#$%@%..
................................................................................

Abdullah : Bro, makan tengah hari ade?
Abdullah 2 : Tak..
Abdullah : @$@#%$#^#$*^&&..
..................................................................................

Abdullah : Bro, makan malam dah siap?
Abdullah 2 : Tak..
Abdullah : @#%!#$&%*@..
..................................................................................


Pernah tak antum semua terfikir bagaimana rasanya jika rutin hidup antum semua seperti dialog di atas? Semestinya laparkan?


Begitu juga HATI antum semua, HATI ana sendiri. Cuba antum semua ingat kembali, bila kali terakhir antum semua menghadiri majlis ilmu? Semalam? 2 hari lepas? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Tak pernah pergi?


Sayang seribu kali sayang. Tahniah kepada antum yang dah pergi majlis ilmu semalam. Kepada yang belum pergi, bila lagi? Tepuk dada, tanya iman.


Hati antum semua, sama sahaja seperti ana, memerlukan makanan rohani. Datangnya makanan rohani tu dari majlis-majlis ilmu yang antum semua pergi. Pernah tak antum semua rasa hati ni kosong, gundah, keseorangan even antum semua dalam kekayaan, kegembiraan mahupun kesibukan? Ada? Itu tandanya hati antum semua lapar.


Tahukah antum semuaa, bila mana seorang insan itu tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari, hatinya menjadi gelap. Hidayah ALLAH sukar untuk menembusi hati yang gelap.



Ana pinjam sedikit mutiara kata dari seorang sahabat blogger :
“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” 



Jadi, ayuh kita bersama-sama rancang kembali jadual harian kita, selitkan sedikit pengisian hati bila mana ada kelapangan. Sesibuk mana pun antum semua, pasti ada ruang yang telah ALLAH berikan untuk antum semua menghadiri majlis ilmu, insyaALLAH. 


Akhir kata, ana kongsikan satu hadith dari baginda nabi saw.


Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

[credit]

Khamis, 17 November 2011

Kita merancang




Assalamualaikum w.b.t.


Syukur, ana diberi peluang untuk berkongsi satu entry kali ini, alhamdulillah. 


..................................................................................
Pada suatu pagi...


Abdullah : Aduh, tak balik uma lagi minggu ni...
  • Abdullah 2 : Hai, takkan homesick kot. haha
Abdullah : Bukan pe der, da lama aku tak balik uma, rindu la pulak. Lagi pun, aku nak amik kasut futsal aku. Nak balik, tapi tak boleh.

  • Abdullah 2 : Awat tak boleh pulak? Ko ade kelas ke weekend ni?
Abdullah : Busy do. Sabtu ade pertandingan futsal, ahad ada program dengan rabbani. Camne nak balik? Aku ingat nak balik petang ni, tapi tak boleh gak.

  • Abdullah 2 : Asal lak?
Abdullah : Malam ni ada meting, esok pagi ada kelas, petang pulak ada friedly bola, malam ada usrah. Mana sempat. Nak pulak petang-petang hujan, lagi la, kompem kuyup.

  • Abdullah 2 : Busy kemain lagi bro, macam ahli korporat la pulak sku tengok.

..................................................................................

~lagu winter sonata~
(bunyi mesej masuk)

Abdullah : Alhamdulillah, makbul doa.
  • Abdullah 2 : ???????
Abdullah : Mak aku mesej tadi, cakap nak datang rumah sewa kita petang ni. Tak payah la aku balik. ^_^

.....................................................................................


Dan mereka (orang yahudi) membuat tipu daya, tetapi ALLAH juga mengadakan tipu daya, dan ALLAH sebaik-baik (pembalas) tipu daya.
Ali Imran : 54 

Cantikkan. Cantik sungguh susunan ALLAH tu. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Kita merancang, tetapi ALLAH merancang, dan ALLAH jualah sebaik-baik perancang. ^_^






p/s jom senyum ramai-ramai



Rabu, 16 November 2011

Refresh diri anda



Mulakan hari anda dengan bismillah. Assalamualaikum w.b.t


Lama dah ana tak post apa-apa kat blog ni. Banyak halangan yang sepatutnya dapat dielakkan, tapi hanya ALLAH saja yang tau betapa lemahnya ana.


Sedikit perkongsian dari ana untuk post kali ni.

Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan MANUSIA itu untuk BERIBADAH kepadaku
Adz Dzariyat : 56

Ana terkesan dengan tazkirah daripada seorang sahabat sebelum bermulanya meting CSG isnin lepas. 

Antara perkara yang di tekankan :

1.Sape yang datang sini betul-betul niatnya kerana ALAH? Tanya balik diri antum semua, apa tujuan antum semua datang ini. Kalau seronok yang antum nak, seronoklah yang antum semua dapat. Tapi kalau antum datang sini niat ikhlas kerana ALLAH, itulah yang antum dapat. Refresh balik diri masing-masing.

Back to the basic, muhasabah diri kita dengan setiap apa yang kita lakukan. Betulkan niat kita kerana ALLAH, insyaALLAH semua urusan berjalan lancar.

Sebab lepas ana dengar tazkirah tu, ana betulkan niat ana, alhamdulillah semua perkara yang ana buat dalam meting tu, bejalan lancar. Bukan tak ada masalah, tapi dipermudahkan. Seronok pun ana dapat, ketenangan pun ana dapat.

Akhir kata, ana tutup post kali ni dengan sedikit kata-kata sahabat yang ana  pinjam.

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” :)











p/s. jom pakat ramai-ramai mai datang : UMMAH TALK