Jumaat, 1 April 2011

terima kasih (sambil tangan di dada dan kepala mendongak ke atas)

tanggungjawab itu 1 amanah.bukan 1 malaysia. tetapi,apabila kita telah melepaskan tanggungjawab itu,maka beratlah/besarlah akibat yang bakal kita hadapi.

1. seriously, orang yang bersalah kebiasaanya mendapat komisen yang banyak lantaran menyebabkan saham beliau/mereka meningkat melambung-lambung.buktinya :

situasi pertama : seseorang itu telah menandatangan untuk orang lain kerana orang tersebut gagal menghadiri kelas/program. penipuan itu telah diketahui umum lantaran menyebabkan pesalah tersebut dicari. walaubagaimanapun,pesalah tersebut gagal untuk mengaku secara sengaja mahupun tidak sengaja. oleh itu, kesemua peserta program itu didenda ala-ala tentera yang boleh dikategorikan sebagai berat. bayangkan sekiranya pihak yang teraniaya itu melepaskan puji-pujian/doa yang baik-baik/syukur yang boleh menyebabkan mereka mendapat pahala, maka pesalah tersebut akan mendapat komisennya dari pahala-pahala itu. lantaran itu,melambung-lambung naiklah saham pesalah itu untuk ke akhirat kelak. sekiranya ads4buck memerlukan pair untuk mendapat komisen, tetapi pesalah itu hanya memerlukan seorang sahaja yang berhajat atau berdoa untuk mendapat komisen.

2. selain itu, pesalah itu juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang gagah perkasa lagi hebat.buktinya :

dari situasi pertama : walaupun dikenakan denda ala-ala tentera,beliau masih mampu tersenyum sambil ketawa disamping menjamu cendol yang dibeli di depan admin uniten. lantasran itu, jelaslah bahawa beliau seorang yang gagah kerana tidak perlu bersusah payah walaupun didenda.

3. tambahan pula, pesalah itu merupakan seorang yang disukai ramai. ini kerana pesalah itu telah membantu peserta program untuk bersenam di samping membantu ahli-ahli pasukan celtic fc.buktinya :

dari situasi pertama : boleh dikatakan bahawa ramai pelajar uniten jarang bersukan/bersenam. akibat daripada denda yang diterima dari encik zubir, hampir keseluruhan peserta dapat bersenam disamping menyihatkan tubuh badan. sementar aitu,ahli-ahli pasukan celtic fc dapat berkumpul beramai-ramai bagi menjalani latihan kecergasan bagi menguatkan lagi kekuatan fizikal dan menambahkan stamina mereka.

oleh itu,selalu-selaulah bersalah dengan melepaskan tanggungjawab anda dan selalu-selalulah menganiaya rakan-rakan anda.

lastly,terima kasih(sambil tangan didada dan kepala mendongak ke atas)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan