Assalamualaikum. Masuk suda Ramadhan kelima. Perghhh, wa cakap lu. HoHo. Seronok seyh.
Nape ek aku kate gitu? Emm.Emm.Emm. Sebab hari ni dapat feel, feel perang. *tak yah nak perang sangat*
Laser tag.
Ya, laser tag. Ape kemendenye tu? Huh, tu pun tak tau ke? Kuno btol. *mcm la seblom ni hang tau**keh.keh.keh.* Ok la, laser tag ni game yang macam paintball, tapi tak. Camne tu ek?
Beza die cume laser tag gune laser, paintball tak. Paham? Tak paham gak? Aduhai nye pun adui.
Laser Tag Versus Paintball
Nampak kan beza die? Bagus, tak de masalahnye pun adui. XD
Tapi, jangan terkezut beruk kalu tau yang harga laser tag ni, RM20 untuk 10 min. What the cissdale. Ayo amma aprak, mana mau cari duit itu macam.
Mase dengar harge die
"Pergh, ase macam drive kat highway,
tiap 10 min buang RM20. Giler btol."
Tapi biler da men,
"What the cisscake, biler nak abis ni? Da kuyup da ni."
Ase nak tergelak je time tu. Tak ase kejap pun. Sebab saspen, teruja, gelabah, sume yang seantero dengannye la. Pelbagai aksi dilakukan bagi mengelak diri dari tertembak mahupun menembak. Tapi, kalu da *noob* tu, *noob* jugak la ea. HoHo.
Bile kua tu, ase macam tak puase la plak. Tapi puase tau. Jangan salah anggap. Berpuase tak bermakne diri ni lemah, sempot, tak bermaya, lembik, sotong. Bukan.
Tahukah anda, Perang Badar tercetus pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah.
Perang Badar tu. ape korang ingat perang zaman dulu nek elikopter, sambil-sambil tu minum air sirap ke? Or nek kete kebal sambil makan kfc? Sori der, zaman nabi lagi hebat. Berjalan kaki, berlari, mahu pun berkuda, semua berpuase. Takde mase nak berehat sebentar bersama kitkat. Lagi penat, lagi kuyup dan lagi mencabar. So, takyah nak belakon lembik la der bulan pose ni. Orang len pun pose gak. Kalu men laser tag pun boleh terbatal pose, duk uma tido lagi bagus la.
Ooo. tu zaman dulu ea? Zaman sekarang tak? Takpe.Takpe.Takpe. Brader kenal tak Sulley ALi Muntari. Tak kenal? yang dulu men team Inter Milan tu. Takkan tak kenal kot. Mesut Ozil kenal? Yang men team Real Madrid tu. Tak jugak. Ish.Ish.Ish. Sadis sungguh. Ok la, Zinadine Zidane kenal? Kalu tak kenal gak, aku pelangkung kepale tu. Nasib bek kenal. Tau nape aku sebot dorang? Tak tau ea.
Jeng.Jeng.Jeng. Kacak tak beliau sume?
Dorang ni rilek je men bola sambil berpuase. Tak caye? La, taktau ke dorang ni Islam. Ish.Ish.Ish. Pernah suatu mase, Mourinho yang kunun-kunun The Special One tu, mengeluarkan kenyataan yang menyuruh Sulley Ali Muntari berbuke puase gara-gara dikatakan menunjukkan aksi yang kurang memberangsangkan. Tapi Muntari rilek je. Sukati mak ayah tiri jiran sebelah uma konye sedare je nak suh berbuka. Beliau tetap mantain kool je pose. Siap jempot Mourinho tu pegi bazar lagi pas training. Berbuke sesame la katekan.
So, kuatkan semangat, terus maju dan pertahankan puase anda. Chaiyok!Chaiyok!
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
(Surah al-Baqarah:183)
Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
-Smartkiller-
p/s pergh, balik semalam, kuyup siot redah ujan.