Selasa, 2 Ogos 2011

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Malam ni masuk hari ketiga Ramadhan. Syukur sangat-sangat sebab rindu selama ni ternanti-nati tertunggu-tunggu seperti pungguk rindukan bulan akan bulan yang mulia ni. Alhamdulillah syukur sekali lagi.


Hari ni kena redah panas sikit. 50km je. OMG, awat dekat nau? Nek keta an? Tak ah, nek moto volentino rossi+lorenzo, Ex5 legend yang mampu pegi 675.69MB per second. Fuhh, laju giler wa cakap lu. Nak tercampak helmet der.


Alhamdulillah takde bala bencana menimpa perjalanan cuma sedikit kealpaan boleh meragut nyawa. 50km ase macam 5km je bler positif thinking.*xyah nk speaking sgt lah*


Alamak, kene saman la plak. Aduhainye pun adui.


Lupe lak nak bagitau, pegi bangi, nak nengok-nengok bakal rumah sewa. Memang berkenan dengan rumah tu, cantik, nyaman, lebar, sume yang baik-baik lengkap pakej la bagai.


ALhamdulillah, doa selama ni nak dapatkan uma sewa tercapai gak. Setelah penat lelah meredah lautan api, gunung everest ku redahi, pelbagai reaksi tuan rumah dijumpai. Ish.Ish.Ish. Banyak dugaan tu. Sabar.Sabar.Sabar.


Dah lame gak la mencari, start dari bulan 6, bulan 8 baru dapat. Xde la lame sangat pun an. Tak lame lagi, idup orang bujang la jawabnya. Huahahahaha *ase jahat la plak*


1st of all, syukur alhamdulillah sebab dapat. Tiap kali jumpa rumah kosong, selalu doa :


Ya ALLAH ya tuhanku, jika rumah sewa ini baik bagiku, maka engkau berikanlah. Semoga kami termasuk dikalangan hambaMu yang bersyukur. Jika rumah ini tidak baik bagi kami, engkau berikanlah kepada orang lain. Kami redha dengan ketentuanmu.


 Takde la lame sangat tunggu doa tu makbul kalu nak dibandingkan dengan penantian Nabi Musa dan Nabi Haron.


Berdoa Musa dan Haron) : "wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kuncilah hati mereka, maka mereka tidak beriman sehinggalah mereka melihat azab yang pedih". Surah Yunus ayat 88



Dan ALLAH memakbulkan doa itu :

ALLAH berfirman : "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua. Oleh itu, hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu) Surah Yunus ayat 89

Rase-rasenya berapa lama Nabi Musa dan Nabi Haron tunggu doa tersebut dimakbulkan? 40 tahun! tepat sekali. 123+49.72 markah untuk anda.
Hooyeah! Pak Cik hebat!

Kalu tunggu 2 bulan pun kita dah mengeluh, dah putus asa, malu la kita dengan baginda Nabi Musa dan Nabi Haron. HuHuHu 

Malu Pak Cik..HuHu



Oleh itu, bersabarlah dengan setiap ujian ALLAH. Dan berbaik sangkalah dengan ALLAH.


Sabda Nabi : "Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama mana kamu tidak meminta disegerakan penerimaannya dengan mengatakan "aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?" 
Muttafaqun Alaih

Sedikit perkongsian kata-kata seorang hamba ALLAH 
"Hamdalah..Fuh lega rasanya bile dapat juga bertemu ramadhan kali ini. Jika ditakdirkan mati esok [hari ini], sekurang-kurangnya diri ini masih sempat bertemu bulan yang dirindui ini dan menceduk fadhilatnya.  

Sama-sama, kita doakan agar ramadhan kali ini dapat kita gandakan rasa ubudiyah kita kepada Allah  dan terus merasa betapa manisnya berada dekat padaNya untuk hari-hari mendatang dan selamanya." [mesej selamat sampai pada 31/7/2011 pada 22:44]

 Sangat terkesan...

5 ulasan:

  1. jgn mudah putus asa...
    sentiasa la istiqomah ngn amal ibadah n pertingkatkan dr semasa ke semasa...~

    BalasPadam
  2. erk..alhamdulillah..(sendawa) :P

    BalasPadam
  3. nampak la xpuasa nye encik luqman..haha

    BalasPadam