Sabtu, 18 Jun 2011

Happy Father's Day

Assalamualaikum w.b.t.

Tak perlu la nak diceritakan lebih lanjut tentang tajuk entry kat atas tu.

dan tak perlu la den nak koba an ayah den macam mano an an an.

Sebabnya, cukup la aku, adik beradik aku dan family aku mengenali ayahku bagaimana orangnya.

Kalu den koba an ayah den macam mano, ado plak yang datang mengorat. Abih la an an an. Haha

Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:

“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”

Maka berkata salah seorang daripada mereka:

“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,
seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.
Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,
aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.
Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.
Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.
Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. Keadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.

Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”

Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]

 [1] Sahih: Sebahagian daripada hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5974 (Kitab al-Adab, Bab termakbulnya doa disebabkan berbuat baik kepada ibubapa). Berdoa dengan amal shalih sepertimana dalam hadis di atas disebut sebagai bertawassul. Bertawassul terbahagi kepada dua, yang dibolehkan dan yang dilarang. Lebih lanjut tentang bertawassul, rujuk buku saya Beberapa Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhidterbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.


(Klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang hadis ni)

Bosar an amalan berbuat baik kopado ibu bapo. So, ingatlah bahawa jadilah anak yang soleh. amiin

Selamat Hari Bapa 

 p/s love my dad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan