Khamis, 19 Januari 2012

Fikir Berkali-kali-kali-kali



Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni ana nak kongsi sedkit kata ayahanda malam tadi,


Ingatlah setiap perbuatan yang kita lakukan memerlukan 
redha ALLAH 
dan
redha ibu bapa

Dan pada ketika ana mendengar kata-kata tersebut, ana terkesima, terkejut, tertampar dan sebagainya. 

'Adakah ana sentiasa melakukan perkara yang mendapat redha ibu bapa, redha ALLAH?'

Kadang-kadang ana leka, ana lalai, ana lakukan sesuatu perkara tanpa berfikir secara rasional. Ana lakukan sesuatu perkara mengikut nafsu ana sendiri.

Kemudian Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (perkara yang benar). 
(al-Jathiyah: 18)

Imam al-Razi menafsirkan ayat ini dengan menulis: “Yakni di atas cara dan jalan agama. Maka hendaklah kamu turuti syari’at agama kamu yang sabit dengan dalil-dalil dan keterangan-keterangan dan jangan pula kamu turuti apa-apa yang tidak mempunyai hujah seperti hawa nafsu orang-orang jahil dan agama-agama mereka yang dibina di atas hawa nafsu dan kejahilan. 
(al-Tafsir al-Kabir, jil. 14, hal. 294)

Oleh itu, ingatlah ALLAH dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.


p/s seronok dapat bawak unser. :)
Versi Bahasa Inggeris sila KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan