Jumaat, 27 Januari 2012

Jangan Putus Asa



Assalamualaikum w.b.t.


Pernah tak antum semua berhadapan dengan nafsu yang sangat kuat?


....................................................................................


Seorang lelaki telah bertekad untuk memboikot McDonald bagi menunjukkan sokongannya kepada Palestin yang dicintainya. Beliau telah mengharamkan semua jenis makanan yang dikeluarkan oleh McD kepada dirinya. Bukanlah bermakna beliau memang pembenci McD sejak azali, tetapi beliau sebenarnya baru sahaja memasang niat tersebut walaupun beliau adalah penggemar McD yang sangat tegar.


Satu hari, beliau terasa mengidam untuk menjamu Double Bid Mac. Ditahan-tahan niat tersebut walaupun ianya seperti mustahil. Apabila malam menjelang, beliau tido setelah keletihan menyiapkan segala assignment. 


Dalam tidonya beliau bermimpi dipertontonkan dengan pelbagai imej Double Big Mac. Dan dalam mimpi tersebut jugalah beliau bersungguh-sungguh menepis setiap nafsu dan bisikan syaitan yang mengajaknya untuk membaham mantan makanan kegemarannya itu. Tiba-tiba beliau berasa putus asa, semangatnya  hilang dan beliau tewas atas desakan syaitan yang dilaknat. Tiba-tiba.....


Beliau terjaga dan alangkah kecewanya hati apabila gagal untuk makan makanan yang pernah bertakhta di hatinya itu. Beliau tido semula dan mimpi yang sama berulang. Apabila tiba saat untuk menjamah makanan itu, beliau tersedar kembali dari tido dan perkara ini berulang sehingga pagi. 


...................................................................................

Pada pendapat antum semua, adakah lelaki mampu menahan nafsu makannya itu? Adakah beliau akan tertewas di alam nyata? Cuba antum andaikan diri antum semua berada di tempat lelaki itu, apakah yang akan antum lakukan? Apakah antum akan mampu menangkis desakan syaitan yang datang ataupun kecundang jua akhirnya?

Kisah ini bukan ditulis untuk mengutuk McDonald, mahupun mengajak antum semua memboikot McDonald walaupun ana adalah pemboikot McDonald, tetapi, ana ingin tegaskan bahawa syaitan itu akan berusaha menggoda anak adam itu dengan apa saja cara sehinggalah anak adam itu tertewas. 

Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." Iblis menjawab: "Berilah saya tangguh sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikut kamu, benar-benar Aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya." 
(Surah al-A'raf: 11-18)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." 
(Surah al-Hijr: 39-40)

Dan ingatlah syaitan itu sentiasa mencucuk dan menggoda diri kita dari segenap sudut. Jangan berputus asa dari menepis godaannya dan semoga ana, antum semua tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin.


p/s. sok da kne balik bangi. Ill be back.
Versi bahasa Inggeris sila KLIK

2 ulasan:

  1. suka kisah di atas..ada kelainan..iman manusia turun naik..jadi kte la yg perlu sedar utk kawal nafsu tu..tq so much..entry ni buat tym birthday aku..hehe =)

    BalasPadam