Sabtu, 14 Mei 2011

Pengaruh

Seorang lelaki/perempuan dibesarkan di di sekolah rendah biasa tetapi menghadiri kelas fardu ain. Kemudian memasuki sekolah agama. Kemudian memasuki Universiti.

Seorang lelaki/perempuan dibesarkan di di sekolah rendah biasa dan tidak menghadiri kelas agama. Kemudian memasuki sekolah menengah biasa. Kemudian memasuki Universiti

Jika kita lihat, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-dua manusia tersebut?

Adakah perbezaannya berkaitan ilmu agama?

SALAH!!!

Kerana disekolah biasa tetap terdapat pembelajaran ilmu agama. Bahkan kita boleh bertanyakan kepada ustaz ataupun ustazah yang ada disekolah jika terdapat masalah berkaitan agama.

Perbezaan yang dimaksudkan sebenarnya adalah PERSEKITARAN.

Pelajar yang menghadiri kelas fardu ain, menghadiri sekolah agama bakal bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang juga belajar agama. Walaupun seorang lelaki/perempuan itu tidaklah cenderung sangat untuk mempraktiskan ilmu agama, sedikit sebanyak dia akan terpengaruh dengan rakan sebayanya yang mempraktiskan ilmu tersebut.

Seperti kata pepatah, berkawan dengan penjual minyak wangi, akan terciumlah bau wangi. Berkawan dengan tukang besi, akan tercalitlah tahi besi. Betul atau tidak, anda fikirlah sendiri.

Bukan nak mengata lelaki/perempuan yang belajar di sekolah biasa dan tidak menghadiri kelas fardu ain itu tidak baik. Tetapi jumlahnya kurang berbanding lelaki/perempuan yang belajar di sekolah agama dan menghadiri kelas fardu ain.

Hal ini kerana, sedikit sebanyak hati kita akan tercalit akan kebenaran/perlakuan yang baik dipertunjukkan kepada kita oleh rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak hati kita akan membenarkan kebaikan yang dipertunjukkan oleh rakan-rakan kita.

Bukan nak mendabik dada kerana bersekolah di sekolah agama, tetapi bukti itu kuat/kukuh. Mempunyai rakan-rakan yang baik, akan menyebabkan kita berfikir

"BESTNYA DIORANG NI JADI BAIK. BILA LA NAK BERUBAH KE ARAH TU"

"SEJUK PEROT MAK DORANG MENGANDUNGKAN DORANG,CAMNE LA PEROT MAK AKU EK?"

Atau pun terfikir

"DA BESAR NANTI, AKU NAK KAWIN DENGAN PEREMPUAN YANG BERTUDUNG N YANG BAIK-BAIK/LELAKI YANG TUTUP AURAT DAN BAIK-BAIK MACAM DORANG SUPAYA ANAK-ANAK AKU NANTI DAPAT HIDUP DALAM SUASANA YANG BAIK-BAIK, X MACAM AKU".

Patut ke kita berfikiran begitu? Ya, ianya patut. Fitrah manusia inginkan perkara yang baik-baik walaupun sering melakukan kesalahan. Tetapi, sepatutnya, kitalah yang berusaha ke arah itu. Bukannya mengharapkan hidayah ALLAH itu datang. Hidayah ALLAH itu perlu di cari, bukannya datang sendiri.

Berbalik kepada tajuk asal, persekiran yang baik mampu merubah seseorang yang jahat ke arah kebaikan dan persekitaran yang buruk akan merubah seseorang yang baik ke arah keburukan.

Akhir kata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Rabu, 13 April 2011

nice friend that i met talk about me..:D

she talk about me based on those question.hope this friend till the end..:D

1. how we met..
2. my 1st impression of u..
3. what i like 'bout u..
4. favorite memory wif u..
5. a song dat reminds me of u..

khusus wt mr.Muhammad Luqman Azri:
- kte knal kek cni "FB" laman sosial tbek takat neh..kamu y ptme wak2 2 cmmt kek link fay..rsenya psl lagu nasyid kot..fay pun daa lupe..ciap kamu soh fay rujuk 1 surah..hik3~
- mula2 laa fay ingtkn kamu neh pgkat "abg2"..sbb bab2 mnsihat ken men g ngalahkn y sbaya fay..hik3..slidik pye slidik upenya fay neh y pgkt "kkak" pd kamu..erk..ciyez..malunye!
- fay ske luqman sbb kamu mudah kot tuk bicara pe jee dlu..tp skrg fay rse kamu daa mle brubah..mm..mgkin gak seiring dgn pningkatan usia n ntah lee..hak3..skdar pndgn fay jee..tokseh mek brat sgt k ttg hal neh..santai sudaa..ngeee~
- kngn trindah..hak3..mse kamu gne p.pic nme biskut rye kot! mmg lawak seh..xleh tahan neh tgn nk tego jee psl p.pic kamu..hik3..tgoda gak nenok biskut2 tuh tmbh2 g mse poce..haih..seb bek kuat iman.. XP
- lagu plg sng wt fay tuk ingt kamu yela lagu "harapan pd-MU subur kembali-saujana/brothers"..ntah lee..xtau nape tp ble dgr lagu neh msti trus ingt kek kamu..xde mksd pape..uit! rajin2 t layan laa nasyid g yee..leh laa t tanding nasyid lak selen bola sepak tuh..lalalalalala~

  • persahabatan yang di cari,membawa banyak manfaat. tika kita bersendirian, mreka berada di sisi. tika suka,mahu pun duka. jangan di tangisi pemergian rakan yang tidak memberi manfaat kepada kita,hadir tika kita gembira,hilangnya tika kita berduka.

  • jangan kita merasakan kawan itu 1 bebanan. Ingatlah, mereka lah yang ada tika kita memerlukan pertolongan. Teringat dulu rakan-rakan yang membantu diri ini dahulu. 1st day pergi sekolah waktu patah kaki dulu.
  • 27 orang yang tolong hantar pergi kelas. Tiap masa ada sahaja rakan-rakan yang membantu. Ada yag sukarela tolong waktu mandi (aidil,amallil,ayyub,abong), ada yang tolong hantar pergi kelas (azam,hampir semua rakan-rakan). Sumpah aku tidak akan dapat nak lupakan jasa korang semua. Mungkin ada yang cakap, aku selalu lebihkan rakan-rakan berbanding diri sendiri. Tapi,pengorbanan mereka terlampau banyak.tak dapat aku nak kira.terlampau bernilai.

  • kalau ada rakan-rakan yang baca post ni. ingatlah korang sentiasa dekat di hatiku..


Jumaat, 1 April 2011

terima kasih (sambil tangan di dada dan kepala mendongak ke atas)

tanggungjawab itu 1 amanah.bukan 1 malaysia. tetapi,apabila kita telah melepaskan tanggungjawab itu,maka beratlah/besarlah akibat yang bakal kita hadapi.

1. seriously, orang yang bersalah kebiasaanya mendapat komisen yang banyak lantaran menyebabkan saham beliau/mereka meningkat melambung-lambung.buktinya :

situasi pertama : seseorang itu telah menandatangan untuk orang lain kerana orang tersebut gagal menghadiri kelas/program. penipuan itu telah diketahui umum lantaran menyebabkan pesalah tersebut dicari. walaubagaimanapun,pesalah tersebut gagal untuk mengaku secara sengaja mahupun tidak sengaja. oleh itu, kesemua peserta program itu didenda ala-ala tentera yang boleh dikategorikan sebagai berat. bayangkan sekiranya pihak yang teraniaya itu melepaskan puji-pujian/doa yang baik-baik/syukur yang boleh menyebabkan mereka mendapat pahala, maka pesalah tersebut akan mendapat komisennya dari pahala-pahala itu. lantaran itu,melambung-lambung naiklah saham pesalah itu untuk ke akhirat kelak. sekiranya ads4buck memerlukan pair untuk mendapat komisen, tetapi pesalah itu hanya memerlukan seorang sahaja yang berhajat atau berdoa untuk mendapat komisen.

2. selain itu, pesalah itu juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang gagah perkasa lagi hebat.buktinya :

dari situasi pertama : walaupun dikenakan denda ala-ala tentera,beliau masih mampu tersenyum sambil ketawa disamping menjamu cendol yang dibeli di depan admin uniten. lantasran itu, jelaslah bahawa beliau seorang yang gagah kerana tidak perlu bersusah payah walaupun didenda.

3. tambahan pula, pesalah itu merupakan seorang yang disukai ramai. ini kerana pesalah itu telah membantu peserta program untuk bersenam di samping membantu ahli-ahli pasukan celtic fc.buktinya :

dari situasi pertama : boleh dikatakan bahawa ramai pelajar uniten jarang bersukan/bersenam. akibat daripada denda yang diterima dari encik zubir, hampir keseluruhan peserta dapat bersenam disamping menyihatkan tubuh badan. sementar aitu,ahli-ahli pasukan celtic fc dapat berkumpul beramai-ramai bagi menjalani latihan kecergasan bagi menguatkan lagi kekuatan fizikal dan menambahkan stamina mereka.

oleh itu,selalu-selaulah bersalah dengan melepaskan tanggungjawab anda dan selalu-selalulah menganiaya rakan-rakan anda.

lastly,terima kasih(sambil tangan didada dan kepala mendongak ke atas)


Isnin, 21 Mac 2011

HISTERIA


Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Pakar psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufemistis yang bersamaan. Ini termasuk "psikosomatik", "fungsian", "nonorganik", "psikogenik", dan sebagainya.

  • pendapat
:berpunca daripada unsur sihir,gangguan makhluk halus
:kecelaruan minda,tekanan
:trauma (pengalaman lampau yang selalu terbawa-bawa hingga kini.apabila gagal dikawal,mengakibatkan histeria)

  • Jiwa yang sering murung, kosong, mudah lemah sering ingin melepaskan tekanan. Thus,memudahkan syaitan untuk menguasai diri dan merasuk tubuh mangsa.
  • Semenjak dari zaman Rasulullah lagi peristiwa kerasukan telah berlaku.
  • Cara rawat
:menggunakan ayat suci al-Quran seperti surah al-Fatihah,ayat Kursi dan sebagainya.
:amalkan amalan wirid setiap kali selepas solat agar hati makin kuat,iman makin bertambah

  • kebiasaannya
mangsa : pelajar perempuan
musim : peperiksaan
punca : ketinggalan dalam pelajaran dan menghadapi tekanan kerana takut menghadapi peperiksaan.
punca : wanita mudah lemah semangat
waktu haid tidak dapat bersolat, tidak dapat membaca al-Quran,berwuduk dan beribadah. Justeru, membuka ruang buat syaitan untuk mengganggu dan merasuk mangsa.

  • Histeria boleh berjangkit
:orang yang menghampiri mangsa histeria juga lemah semangat serta berasa takut.

  • Cara terbaik atasi (sumber iluvislam-Haji Lokman Abd Hamid,pengarah urusan perubatan syifa al-Hidayah)
:tingkatkan iman, mengaji, lakukan amalan wajib, lakukan amalan sunat
: amalkan ayat al-Quran
-surah Fusilat (ayat 25-44)
-surah Mukminun (ayat 105-118)
-surah al-Baqarah (ayat 1-25),(ayat 165-186),(ayat 244-255)

  • Terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa orang yang mengalami histeria hanya 'berdrama'. Mereka hanya ingin menarik perhatian orang lain.
  • Didalam diri manusia terdapat syaitan yang dipanggil 'QARIN'. Termasuk di dalam diri baginda Nabi. Tetapi Qarin di dalam diri baginda telah di tundukkan oleh ALLAH sepenuhnya.



p/s sumber iluvislam

Ahad, 20 Mac 2011

FEWWIT:dimana DIA dihatiku

-rasalah ALLAH di dlm ati,bukan d kpale
-hati ade ALLAH:pengembala kambing,khalid al-walid
-sistem pmbelajaran x bgus:guru mngajar,x mngajak
-cara kawal hati:xmlihat pd name,tp lihat pd isinya(content)
:org beriman tenang hatinya dgn mengingati
ALLAH(alquran)
-salah konsep: walau prangai trok,tp hati baek...Xbtol
:hatinya mengingati ALLAH..apabila baik hatinya,baiklah
luarannya
-takbur: merasa diri lebih baik dri org len
:merasa hina akan org len
:x terima kebenaran
-mujahadah itu pahit krn syurga itu manis
=hati mati (buat baik xbez,buat jahat x bez)
=hati biasa (istiqamah,i have to pray)
=halawatul iman (i need to pray)
=hati pmbela kebenaran (mencintai kebenaran walaupn ianya pahit)
-setiap dosa akan mganggu hati
-kita adalah pndakwah,bukan hakim
-ALLAH xkn jemu menerime taubat kite
-walau kalah pd dosa,jgn mngalah
-sematkan kepercayaan pd ALLAH dan hari akhirat
-cinta adalah alat,bukan matlamat,
cinta adalah jalan bukan tujuan.
-cintailah DIA yg mncintai kite,
jgn cinta org yg kite cintai,
ALLAH cintai kite,cintailah ALLAH