Rabu, 30 November 2011

Bulatan Gembira



Assalamualaikum, di kesempatan ini ana ingin mengungkapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberikan dua nikmat teragung, nikmat IMAN dan nikmat ISLAM, alhamdulillah. Rasanya masih tidak terlambat untuk ana mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada antum semua dengan doa semoga iman kita semua meningkat dari ke hari, insyaALLAH.


Bersempena maal hijrah ini, ana ingin mengajak antum semua untuk berhijrah memasuki alam BULATAN GEMBIRA : USRAH. Kepada antum yang telah pun mempunyai usrah, tahniah ana ucapkan, kepada yang masih belum, ayuh berhijrah.






Tak kenal maka tak cinta, jadi ana ingin berkongsi sedikit manfaat yang ana dapat daripada bulatan gembira ini. 


Usrah bermaksud keluarga, dan ana senang memanggilnya sebagai bulatan gembira kerana apabila kita berusrah, kita dapat kegembiraan dunia mahupun akhirat dari sebuah bulatan. 


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. 
As saff (4)

Ayuh kita muhasabah diri kita semua tujuan kita hidup di dunia ini. Sebagai hambaNya, kita wajib mematuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Rukun usrah terbahagi kepada tiga :
  • Taaruf (berkenal-kenalan)
  • Tafahum (memahami satu sama lain)
  • Takaful (saling tolong menolong)

Orang Islam itu diandaikan sebagai sebatang pokok :
  • Akarnya adalah akidah. Kuatnya akar itu dapat menyokong sebuah pokok untuk berdiri tegak di atas muka bumi ini. Begitu juga akidah kita. Kuatnya pegangan akidah kepada ALLAH menyaksikan kita tetap pendirian melakukan sesuatu lillahi taala.
  • Batangnya adalah ibadah. Tegapnya batang sesebuah pokok mampu menahan pokok itu tatkala hujan lebat, ribut taufan menerjah pokok. Begitu juga ibadah kita kepada ALLAH. Kuatnya kita beribadah mampu menahan nafsu yang melanda.
  • Bunganya adalah akhlak. Cantiknya bunga, mekarnya bunga menunjukkan kuatnya akar, teguhnya batang pokok. Begitu juga akhlak kita, cantiknya akhlak, terhasil daripada kuatnya akidah, istiqamahnya kita beribadah kepada ALLAH seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji.
Seterusnya ana ingin membicarakan tentang tauhid. Tauhid terbahagi kepada tiga :
  • Tauhid Rububiyyah : Mempercayai ALLAH sebagai Rab atau pencipta sekalian alam.
  • Tauhid Uluhiyyah : Beri'tiqad bahawa hanya ALLAH yang berhak disembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yang lain.
  • Tauhid Asma' dan Sifat : Beriman dengan setiap nama-nama dan sifat-sifat kemuliaan ALLAH.
(Surah AL-Fatihah merujuk kepada surah yang menerangkan tauhid secara lengkap)

Usrah juga menerangkan kepada kita ALLAH sebagai tempat untuk meminta. Sedarkah antum semua, siapakah tempat pertama kita meminta pertolongan dan memohon sesuatu? 

ALLAH.ALLAH.ALLAH. 

ALLAH jualah tempat kita mengadu tika bermasalah, memerlukan pertolongan, berkongsi kejayaan mahupun kesedihan. Jika hajat kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH, jangan bersedih. Tidak hari ini, esok lusa mungkin hajat itu dimakbulkan. Hanya ALLAH jualah yang tahu waktu yang sesuai hajat itu dimakbulkan. Wallahualam.

Dan tahukah antum semua setiap jam, setiap minit, setiap saat yang antum semua lalui adalah ibadah jika antum semua sentiasa mengingati ALLAH.

Akhir kata, ana tutup perkongsian kali ini dengan ucapan
'AYUH KITA BERHIJRAH!'


8 ulasan:

  1. berapa kerap bulatan gembira?camne rasa bila berbulatan gembira?

    BalasPadam
  2. sekali 1mggu..tp xtentu..bley jd 2 kali 1mggu..ikut kesesuaian n klapangan..semestinya gembira ketika berbulatan gembira..:)

    BalasPadam
  3. matlamat usrah tu ape?

    BalasPadam
  4. machaALLAH..great, aku smggu skali gak tp ada 2 usrah..usrah persatuan n usrah bersama akhowat di france..:)

    BalasPadam
  5. anonymous...matlamat nye ade untuk mnjage diri dan mndidik diri dengan kehidupan ISLAM..insyaALLAH..:D

    BalasPadam
  6. usrah tu bertujuan utk upgrade diri kita..kdg2 kite rase hanyut dan lalai, bler pg usrah bru kita sedar balik apa tujuan hidup kita d dunia ni..dan usrah x trikat dengan perbincangan agama smate-mate..perbncangan isu semasa,masalah mahupun berkongsi suka dan duka..usrah kan family..u share anything with ur famly right?

    BalasPadam
  7. akhowat france? join under ngo ape?

    BalasPadam
  8. ngo?xde lak..hnye ngn ukhuwah islamiyyah..:)

    BalasPadam