Sabtu, 17 Disember 2011

Khusyuk



Assalamualaikum w.b.t. Apa kabar iman antum semua,harapnya sihat sejahtera. Amiin.



Satu mutiara kata buat perkongsian kali ini : 

Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung denganNya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya apabila putus (denganNya).
Syeikh As-Syibli



Kali ini ana ingin berkongsi sedikit tips khusyuk dalam solat. Ana dapat tip-tip ni dari perbincangan usrah ana yang lepas. Semoga ana, antum semua dapat amalkan, insyaALLAH.


Tips khusyuk solat :


Penetapan minda 
Kawal minda untuk fokus. Tenang dan tidak memikirkan perkara lain.

Pelaziman minda
Sentiasa engosongkan fikiran. Seeloknya ketika masuk ke dalam masjid, kita sudah melupakan perkara duniawi. Antum set minda antum semua bahawa solat itu hanya sekejap. Nescaya antum semua tidak merasa terbeban dalam melakukan solat. Sentiasa tahu dan sedar bahawa syaitan akan sentiasa cuba mengganggu manusia walaupun di dalam solat. Jadi, setkan minda antum semua bahawa solat adalah waktu khas antum bersama ALLAH.

Teknik pernafasan
Tarik nafas melalui hidung setiap kali selepas membaca satu ayat. Sekiranya menjadi makmum, ikut pernafasan imam.

Teknik pembacaan
Menghafal maksud setiap ayat yang antum semua baca. Faham dan jiwai setiap bacaan di dalam solat agar antum semua tahu apa yang antum semua sedang lakukan. InsyaALLAH antum akan menjadi lebih fokus dan khusyuk di dalam solat.

Teknik Tumpuan Mata
Melihat tempat sujud. Bayangkan ada kalimah ' ALLAHU AKBAR'. Sentiasa fokus pada satu titik walaupun ketika ruku' mahupun sujud.

Teknik Pendengaran
Sentiasa mendengar dan fokus akan bacaan imam. Jika mampu, hafal bacaan yang dibaca oleh imam. Ketika Imam membaca surah-surah, ikut rentak imam. Jangan terlampau laju atau terlampau perlahan. Tangkap setiap bacaan yang dilafazkan oleh imam, ingat surah apa, kalimah apa, huruf apa.

Teknik Pergerakan Dalam Solat
Baca dan rujuk amali solat. Selagi mana kedudukan dan pergerakan solat belum sempurna, jangan mula membaca bacaan di dalam solat.

Teknik Imaginasi
Berimaginasi sebagai mana sahabat nabi, Abu Bakar As Siddiq, membayangkan syurga di kanannya, neraka di kirinya, ALLAH di hadapannya dan maut di belakangnya.

Satu lagi tips, jaga pemakanan anum semua sebelum solat.










p/s khusyuk itu tidak mudah, tetapi tidak mustahil.KLIK untuk membaca versi english

Tiada ulasan:

Catat Ulasan