Rabu, 21 Disember 2011

Mampukah kita memikulnya?



Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini ana just nak kongsi sedikit perkara yang berbolak-balik dalam hati ana kebelakangan ini. Setiap perkara yang ana lalui, perkara ni mesti terlintas difikiran ana. 


PEMIMPIN


Ya, pemimpin. Seorang insan yang mempunyai peranan yang sangat berat untuk mencorak insan-insan yang dipimpinnya, samada menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat ataupun insan yang rosak dunia dan akhirat.


 " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (ketua negara ) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang rakyatnya . Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang khadam itu menjadi pemimpin tentang urusan harta tuannya dan ditanya tentang rakyatnya. Seorang anak menjadi pemimpin tentang harta ayahnya dan ditanya tentang rakyatnya.Maka kamu semua adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."
(Bukhari Dan Muslim)

Setiap orang adalah pemimpin walaupun hanya kepada dirinya sendiri. Ana sendiri mengaku sukar dan beratnya peranan sebagai seorang pemimpin, seorang ketua. Perlu menjadi contoh yang baik kepada orang yang dipimpinnya. Jika seorang pemimpin itu gagal menjadi contoh yang baik, dapatkah dia meminta orang-orang yang dipimpinnya menjadi baik? Renungkan.

Dan kerana beratnya tanggungjawab seorang pemimpin itulah ana tidak suka dilantik menjadi seorang pemimpin. Ana takut ana gagal menjadi seorang pemimpin yang dicontohi ataupun menjadi seorang pemimpin yang merosakkan pimpinannya. Kadang-kadang sebagai seorang pemimin, kita merasa malas untuk meneruskan tanggungjawab dan sering leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab.

Tetapi adakah ana perlu sentiasa menolak tanggungjawab yang diberi? Mengelak dan terus mengelak.

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."  
(QS Al-Baqarah: 286)

Tetapi, macam mana ana nak selesaikan segala masalah yang datang?

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." 
(QS Al-Ankabut: 2~3) 

Lihatlah bagaimana ALLAH menjawab persoalan yang melanda jiwa. Setiap kejadian yang ALLAH tentukan ada hikmah disebaliknya. Percayalah. Mungkin dengan kita menjadi seorang pemimpin, kita mampu menjadikan diri kita lebih berdisiplin, menjadi insan yang lebih baik ataupun dengan menjadi seorang pemimpin, kita dapat menjana minda berfikir dengan lebih baik, lebih efisien. Wallahualam.

Dan ingatlah tugas seorang pemimpin itu sangat berat, sangat sukar, tetapi tidak mustahil. Sekian.

Mampukah kita menjadi pemimpin sebaiknya? Renung-renungkan.


p/s esok last iftar untuk semester ni. Semoga mendapat sambutan. Doakan. Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan