Isnin, 16 Mei 2011

Mengapa Ada Lelaki Inginkan Wanita Yang :

Terdapat banyak ciri-ciri wanita idaman lelaki. Tetapi, pernahkah anda berjumpa dengan ciri-ciri wanita idaman seperti berikut :
  1. Rela menjadi suri rumah sepanjang masa.
  2. Bersedia menjaga mertua.
  3. Rajin beribadat.
Di sini saya ingin menerangkan mengapa lelaki memilih wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut.

1. Rela menjadi suri rumah sepanjang masa.

-Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggung jawab menyara keluarga. Bukannya isteri.

-Menunjukkan bahawa si isteri telah membulatkan jiwa untuk berkhidmat sepenuhnya buat suaminya.

-Supaya si isteri terjaga auratnya dan dapat mengelakkan diri daripada fitnah manusia.

-Di dalam islam, wanita digalakkan berada di dalam rumah dan mereka tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah. Wanita juga tidak digalakkan untuk ke masjid bagi mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Jika di dalam urusan agama lagi wanita sudah tidak digalakkan, inikan pula urusan dunia.

-Duduk di rumah bukan bererti mengongkong ataupun melarang si isteri daripada mencari pendapatan sendiri. Jika si isteri ingin mencari duit, dia boleh melakukan bisnes di rumah seperti menjahit, mengambil tempahan masakan dan sebagainya.

-Selain itu, wanita selalu menjadi tarikan zina. Bukan ingin menunding jari kepada kaum wanita, tetapi sebagai peringatan.

2. Bersedia menjaga mertua.

-Islam mewajibkan anak lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka. Oleh itu, jika si isteri bersedia untuk menjaga mertuanya, tanggungjawab si suami itu telah dapat dilaksanakan.

-Cuba para pembaca fikir-fikirkan. Anda menjadi seorang isteri. 1 hari anda didapati hamil. 9 bulan 10 hari anda mengandungkan anak anda dengan bersusah payah dan anak yang dilahirkan itu lelaki. Kemudian anda membesarkannya selama 25 tahun. Bayangkan... Tidak lama selepas itu anak anda berkahwin dan meninggalkan anda. Dia tinggal bersama dengan isteri dan mertuanya. Anak lelaki anda itu tidak mahu menjaga anda. Apakah perasaan anda??? Semestinya anda akan bersedih bukan.

-Itulah hikmahnya. Semua ibu mahukan anak lelakinya menjaganya jika dia sudah tua. ALLAH sudah tentukan hukum anak lelaki wajib menjaga ibu bapanya sedangkan anak perempuan perlu patuh kepada suaminya. Alangkah indahnya hukum ALLAH itu. ^_^

3. Rajin beribadat.

-Berbalik kepada ciri yang pertama, isteri tidak bekerja. Oleh itu, tugasnya adalah untuk mengimarahkan rumah mereka dengan ibadat kepada ALLAH.

-Waktu suami bekerja, isteri bolehlah membaca Al-Quran, solat, mengemas, memasak dan sebagainya.

-Persoalan yang ada. TIDAK BOSANKAH????
Untuk menjawab persoalan itu, kita berbalik kepada diri kita. Kita adalah hamba ALLAH. Tugas kita di muka bumi ini adalah untuk mnyembah ALLAH. Untuk ke syurga, kita memerlukan pahala. Oleh itu, mencari pahala itu penting. Di sini saya ingin beri satu lagi persoalan. ADAKAH KITA BOSAN MENCARI PAHALA??? ADAKAH KITA BOSAN MENYEMBAH ALLAH????? Fikir-fikirkan. Anda suda besar kan.

-Jika sewaktu suami bekerja, isteri bersuka ria di rumah, lalai, berhibur. Maka, rumah tersebut jauh daripada malaikat rahmat. Lantas, syaitan mudah untuk mengisi penjuru rumah. Rumah tersebut menjadi punca dosa dan hasilnya, akan runtuhlah rumah tangga yang di bina.

Setiap insan mencari pasangan yang punyai ciri-ciri impian mereka. Mereka boleh memilih apa sahaja ciri-ciri yang mereka inginkan. Oleh itu, pilihlah pasangan yang terbaik bagi anda.

Sumber : novel Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu. Sambungan novel Warkah Cinta Berbau Syurga




Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu

 Warkah Cinta Berbau Syurga keluaran lama

Warkah Cinta Berbau Syurga Keluaran Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan