Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


(USMAN AWANG,1979)

Pengorbanan guru itu sangat besar. Tanpa mereka, belum tentu kita akan berada di tempat kita berada sekarang. Kita selalu mengingati guru-guru kita sewaktu berada di sekolah menengah dulu. Adakah kita masih ingat akan guru tadika kita?



Antara kesemua guru yang pernah mengajar kita, ibu kitalah yang paling banyak berjasa. Kerana daripada merekalah kita belajar berkata-kata, membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Diikuti guru tadika yang mengajar kita asas-asas pembelajaran. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita selalu mengingati tempat kita belajar tetapi melupai guru kita. Daripada siapa kita belajar? Guru atau sekolah? Semestinya guru.

Dan di sekolah rendah, kita mempelajari sesuatu yang baru. Mempelajari mengikut sukatan pembelajaran yang di buat oleh kementerian. Dan sekali lagi  kita lupa akan guru kita. Kita hanya mengingati guru yang mengajar kita sewaktu darjah 6 sahaja. Guru lain kita lupakan.

Di sekolah menengah, kita belajar lagi benda baru. Mengambil PMR dan SPM. Mendapat keputusan yang baik dan meneruskan pelajaran ke menara gading. Perbezaannya kita tidak melupakan guru kita. Alhamdulillah. Dengan teknologi serba moden ini, kita berlumba-lumba mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita di FACEBOOK, TWITTER mahupun MYSPACE

Sekian sahaja entri kali ini.



SELAMAT HARI GURU BUAT 

SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH MALAYSIA.

TANPA ANDA SEMUA,

 SIAPALAH SAYA UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN HARI INI.



p/s rindu Ustazah Razimah. Selamat Hari Guru untuk ustazah dan semua cikgu-cikgu di Tadika Kemas Jambu Lapan, Sek Keb St. Aidan, Sek Keb Tunku Muda Serting, Sek Keb Taman Sri Mawar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.  

2 ulasan: