Khamis, 19 Mei 2011

Why there is nobody talk about it?


Selama ini kita asyik dengar orang bercakap mengenai aurat wanita kan? So, bagaimana pula dengan aurat lelaki? 

Jika saya tanyakan kepada anda semua, 

'Di manakah aurat kaum lelaki?'

Saya yakin semua orang tahu bahawa aurat lelaki adalah BAHAGIAN TUBUH ANTARA PUSAT HINGGA LUTUT. Jangan disalah ertikan sebagai pusat dan lutut.

Ali ra. berkata : Nabi :saw bersabda :-

لا تُبْرِزْ فَخِذَكَ ، وَلا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلا مَيِّتٍ 
"Jangan dedahkan peha kamu, jangan melihat kepada peha seseorang samada yang hidup atau mati" 
[Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibn Maajah]. 

Dari riwayat Jawhad al-Aslami, bahawa Nabi :saw :

مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ ، فَقَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ ؟ 
"melalui beliau apabila kelihatan pehanya terdedah dan baginda bersabda : Apakah kamu tidak tahu bahawa peha adalah aurah?"
 [Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmudzi].

Tetapi,

Imam Malik mengatakan paha bukan aurat berdasarkan hadit nabi yang bermaksud:
Janganlah kamu (wanita muslimah) yang bersolat bersama lelaki, bangun sujud awal dari mereka, supaya tidak ternampak paha mereka.

Post ini bukanlah untuk mempertikaikan di mana letaknya aurat lelaki, tetapi ingin mengingatkan bahawa aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan adalah sama. Oleh itu, seorang lelaki tetap perlu menutup auratnya walaupun ketika berhadapan dengan seorang lelaki.



Saya akui sebagai lelaki, aurat jelas menjadi satu kepentingan jika berhadapan dengan kaum wanita. Tetapi, apabila berhadapan dengan kaum sejenis hal ini diremeh temehkan. Seorang lelaki itu selalu memakai seluar panjang di khalyah ramai, tetapi memakai seluar pendek dan kadang-kala hanya ber'boxer' di dalam rumah/bilik walaupun terdapat kaum keluarga/kawan-kawan di dalamnya. Hal beginilah yang perlu ditakutkan.

Bercakap lebih mudah dari melakukan sesuatu bukan? Tetapi ianya tidak mustahil. Moga diri ini istiqamah melakukan apa yang diperkatakan.






p/s peringatan untuk diri sendiri. InsyaALLAH. Moga dipermudahkan. Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan