Rabu, 7 Mac 2012

Adakah kita beruntung?


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah kali ni ana berpeluang untuk menulis entri kali ni yang insyaALLAH bermanfaat buat antum semua. Ingatkah antum semua dengan Surah Al-Asr :


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr (1-3)

Surah ini mengatakan kita tergolong dalam golongan yang rugi melainkan kita semua tergolong dalam golongan yang :
Beriman
Beramal soleh
Berpesan-pesan dengan kebenaran
Berpesan pesan dengan kesabaran
Tanpa kita semua sedari, tanpa ana sedari, tanpa antum semua sedari, adakah kita semua tergolong dalam kalangan empat golongan di atas, ataupun kita semua tergolong dikalangan hamba-hambanya yang rugi? 

Kepada golongan yang 'beruntung', alhamdulillah, tahniah ana ucapkan. Kepada yang rugi, ana mintak kita semua check balik diri  kita, diri ana, diri antum semua. Muhasabah diri balik dengan apa yang telah kita semua lakukan selama ini. Sentiasa perbaharui niat, segala apa yang kita semua lakukan,semua kerana ALLAH. Lillahi taala. Bukan kerana sesiapa, tetapi kerana ALLAH taala.

Dan ingatlah sekiranya antum semua bahawa tiada kebaikan yang dapat dilakukan tanpa menghadapi halangan dan cabaran seperti mana firman ALLAH :

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
Al-'Ankabut (2-3)

Dan jika kita semua merasa penat dan ingin berputus asa dalam melakukan kebaikan itu, ingatlah ALLAH sentiasa membantu hambaNya yang menolong agamaNya.

Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.
Surah Muhammad (7)



p/s bersangka baiklah degan setap kejadian yang berlaku

1 ulasan:

  1. entry yang menarik.. semoga kita tidak tergolong dlm org yang rugi..
    manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya.. =)

    BalasPadam