Khamis, 8 Mac 2012

Malang tidak berbau


Assalamualaikum w.b.t.


Adakah antum tahu apa yang bakal terjadi 2 minit lagi? 4 minit lagi? 2 jam lagi? mahupun setahun akan datang?


Seperti yang diceritakan dalam satu kisah 
Ada seorang pemuda yang kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran ke luar negara berjumpa dengan seorang rakannya, seorang ustaz. Dengan sombong, lelaki tadi membandingkan gaya hidupnya di luar negara dengan rakannya yang hanya menjadi anggota surau.

Pemuda : Aku ada 3 soalan yang nak tanya kau kalau kau betul-betul ustaz. 
Ustaz : Dengan izin Allah, aku cuba jawab soalan kau. 

Pemuda : Tapi ustaz dan profesor di universiti aku pun tak dapat jawab.
 
Ustaz : Aku cuba jawab sedaya yang aku mampu. 

Pemuda : Aku ada 3 soalan. Pertama, kalau betul Allah tu wujud, tunjukkan kat aku di mana Allah? Kedua, jelaskan kat aku apa itu takdir? Dan ketiga, kenapa syaitan yang dicipta daripada api dimasukkan ke dalam neraka yang ada api? Tentu syaitan tak merasa sakit kerana kedua-duanya mempunyai unsur yang sama. Adakah Allah tidak mampu berfikir sejauh itu? 


Sambil tersenyum, ustaz tadi terus menampar muka rakannya. 


Pemuda : Kenapa kau tampar aku? (Sambil menahan sakit)
 
Ustaz : Itu adalah jawapan aku untuk ketiga-tiga soalan kau.
Pemuda : Aku tak faham. Apa kaitannya? 
Ustaz : Macam mana rasa kena tampar? Sakit? 

Pemuda : Mestilah sakit. 

Ustaz : Jadi kau percaya sakit itu ada? 

Pemuda : Ya. Sebab aku rasa. 

Ustaz : Jadi tunjukkan kepada aku kewujudan sakit itu. 

Pemuda : Err... 

Ustaz : Itulah jawapan bagi soalan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Allah tanpa mampu melihatNya. 


Pemuda itu hanya mampu ternganga mendengar penjelasan rakannya. 


Ustaz : Kau pernah terfikir aku akan tampar kau hari ni? 

Pemuda : Tak! 

Ustaz : Kau pernah bermimpi aku akan tampar kau?
Pemuda : Tak! 
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir. 
Segalanya telah ditentukan.

Sekali lagi pemuda itu melopong mendengar kata-kata rakannya. 


Ustaz : Aku tampar dengan tangan. Tangan aku diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit. 
Ustaz : Dan pipi kau diperbuat daripada apa? 

Pemuda : Kulit jugak.

Ustaz : Macam mana? Sakit tak? 
Pemuda : Sakit. 

Ustaz : Walaupun tangan aku dan pipi kau sama-sama diperbuat daripada tanah, tapi sakitnya tetap dirasa. Syaitan juga begitu. Walaupun syaitan daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Akhirnya, pemuda itu sedar walaupun dia belajar di luar negara, ilmu sahabatnya jauh lebih tinggi daripadanya.

 Ok, apa yang ana ingin sampaikan bukanlah 'adakah ALLAH itu wujud?' mahupun 'mengapa syaitan dicipta dari api dan dimasukkan kedalam neraka yang berapi?', tetapi apa yang ana ingin sampaikan adalah KITA TIDAK MENGETAHUI APA YANG AKAN TERJADI PADA MASA HADAPAN. Seperti yang berlaku di dalam kisah di atas bila mana pemuda tersebut tidak pernah terfikir pun yang dia akan ditampar pada hari itu.


Malang tidak berbau, jadi berhati-hatilah dalam melakukan apa sahaja. Dan jika kita ditimpa kemalangan, sabarlah. Janganlah kita marah dan menyalahkan sesiapa pun di atas apa yang telah terjadi. Sesungguhnya musibah itu adalah teguran ALLAH kepada kita, ada hikmah disebalik setiap kejadian dan hanya ALLAH yang maha mengetahui akan sesuatu. Seperti firmannya


 وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap 
sesuatu.
Al-Baqarah (282)



p/s Along eksiden smlm, alhamdulillah tiada kehilangan jiwa,hanya kereta bersemadi di kedai besi

2 ulasan: