Khamis, 15 Mac 2012

I care, I share this


Assalamualaikum w.b.t.


Sharing is caring. I care u all, and I share this.


15 Mac 2012
10.10 pm
Guest room A2
Amanah, Uniten


~Surah Al-Qariah (1-11)






Serba sedikit perkongsian mengenai surah ini,


*surah ini menceritakan mengenai hari kiamat bila mana kejadian hari kiamat adalah suatu kejadian yang kita tidak mampu untuk bayangkan. Bagaimana dan bila? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.


*Janji ALLAH :- 

  • Orang yang banyak berbuat kebaikan akan diberi ganjaran syurga.
  • Orang yang ringan amalan kebaikannya dimasukkan ke dalam neraka Hawiyah, yakni api yang sangat panas.
*Tiada yang kekal di dunia ini melainkan ALLAH yang maha Esa.

*ALLAH itu maha Adil, Dia akan memberi balasan yang setimpal dengan amalan hambaNya. tidak di dunia, di akhirat kelak pasti.

~Ruang Lingkup Tarbiah

Tarbiah mencakupi semua perkara, bermula daripada sebesar-besar perkara sehinggalah kepada sekecil-kecil(furu') perkara.
Contohnya :- Bermula daripada solat(besar) kepada bagaimana berwudu'(furu'),rukhsah solat(furu') dan lain-lain.

*Tarbiah Aqidah. Asas kepada pentarbiahan manusia.
*Tarbiah Ruhiyyah. Pendidikan jiwa melalui ibadah-ibadah kepada ALLAH.
*Tarbiah Khuluqiyyah(akhlak). Pembentukan akhlak dari tarbiah ruh yang baik. Akhlak yang baik akan terjadi dengan sendiri tanpa perlu berfikir. Contoh : Setiap kali selesai minum air tin, Ali akan membuang tin tersebut ke dalam tong sampah kerana sudah menjadi terbiasa.
*Tarbiah Aqliyyah. Mendidik dan memimpin akal untuk berfikir, merancang dalam ilmu berpandukan sumber-sumber utama serta mengkaji sesuatu ilmu itu sebelum disebarkan.
*Tarbiah Jasmaniyyah. Islam menuntut umatnya menjaga kesihatan kerana ALLAH mencitai hambaNya yang kuat.
*Tarbiah Ijtima'ie. Surah Al-Hajj (77-78). Memberikan komitmen 100% kepadda gerakan Islam dalam menyebarkan dakwah.
*Tarbiah Siasah. Penggunaan strategi yang berkesan dalam pembentukan ummah kepada ketaatan kepada ALLAH secara keseluruhan.
*Tarbiah Jihad. Memerlukan kefahaman dan amal daripada asas-asas tarbiah yang lain. Mencakupi kefahaman, akhlak, iman, persediaan ruh, persediaan mental, persediaan jasad dan persediaan keperluan.

~Unsur Mempengaruhi Keberkesanan Tarbiah

*Individu. Diri sendiri dalam berusaha untuk ditarbiah. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu.
*Bi'ah(persekitaran). Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan ditarbiah. Berada dalam Bi'ah Solehah(persekitaran yang baik).
*Amali. Mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan hanya mengetahui teori semata-mata.
*Mas'ul/Naqib. Pemimpin beranggungjawab memimpin orang yang dipimpin ke arah jalan yang diredhai ALLAH.

~Wasilah Tarbiah Islamiyyah

Wasilah tarbiah islamiyyah adalah pendekatan diri kepada tarbiah islamiyyah.

*Usrah. Bulatan gembira.
*Katibah. Qiamullail beramai-ramai.
*Rehlah. Rehlah bersama Rabbani.
*Daurah. Daurah Nuqaba'.
*Nadwah. Program Hidayah Milik ALLAH.
*Mukhayyam/Tamrin. Espada', Smart Camp.
*Muktamar. Muktamar PPI.
p/s contoh adalah seperti yang ada di UNITEN.

~Tambahan

*Antara sebab kerja last minute yang diberikan naqib adalah untuk melihat komitmen ahli. Contoh :- panggilan jihad di jalan ALLAH seperti berperang yang datang secara tiba-tiba. Sanggupkah kita?
*Ketika azan berkumandang, kita masih menonton tv. Siapakah tuhan kita? (point to myself).
*Diceritakan satu kisah di mana Rasulullah telah mengatakan bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar AS-Siddiq, timbangan itu adalah lebih berat daripada timbangan seluruh umat Islam. Kerana Abu Bakar adalah orang yang pertama menyampaikan apa yang diperkatakan oleh baginda Nabi. Selagi mana umat Islam mengamalkan apa yang yang diperkatakan oleh beliau, selagi itulah amalan beliau bertambah. Oleh itu, jadilah orang yang menyampaikan. Wallahualam.


Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian dari ana kali ni. Moga antum semua mendapat manfaat darinya, insyaALLAH.

2 ulasan:

  1. masyaallah..syukran jazilan..mg quantum dakwah terus mekar di bumi allah..bersama mengislah diri ke arah lebih baik ;->

    BalasPadam