Khamis, 22 Mac 2012

Sesungguhnya kita perlu saling ingat-mengingat. :D


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, ana berpeluang sekali lagi untuk menulis sesuatu buat tatapan antum semua. Semoga ianya bermanfaat, insyaALLAH.


6.00pm
22.3.2012

Masjid Uniten
Uniten


~Surah At-Takasur (1-8)






*ALLAH menegur hambaNya yang suka bermegah-megah dengan nikmat kurniaanNya sehingga lalai untuk beribadah kepadaNya.


*ALLAH turut memberi amaran sebanyak dua kali agar menjauhi sifat ini. (Ayat 3-4).


*Kita akan ditanya oleh ALLAH tentang segala nikmat yang kita nikmati di akhirat kelak. (Ayat 8).


*Kesimpulan ayat

  • Kita hendaklah bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan ALLAH yang kita perolehi.
  • ALLAH membenci hambaNya yang bermegah-megah.
  • Segala nikmat yang kita perolehi selama ini hanyalah pinjaman ALLAH semata-mata dan akan dipulangkan di akhirat kelak.

~Dakwah Islamiyyah


*Once you choose Islam, you must take it completely.
*Antara panduan untuk bergabung dengan Islam:-

  • An-Nahl (36) : Mengembaralah dan ambil pengajaran dari umat-umat yang mendustakan rasulnya.
  • Ali Imran (31) : Mengikut jejak rasulullah dalam menyampaikan dakwah.
~Definisi Dakwah

*Bahasa : Menyeru, memanggil.
*Syara' : Menyeru manusia ke jalan ALLAH, fisabilillah.
*Menurut Ibn Taimiyyah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada ALLAH dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasulNya, iaitu dengan membenarkan segala yang disampaikan oleh rasul-rasul dan mentaati perintah mereka.

~Hukum Dakwah

*Sesetengah ulama : Fardhu 'Ain menurut kadar keupayaan berdasarkan hadis.
 “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).
*Sebahagian besar ulama : Fardhu Kifayah berdasarkan firman ALLAH.
  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.  (Ali Imran ,104)
*Ulasan Ibn Taimiyyah : KewajiBan ini adalah kewajiban ke atas keseluruhan umat, dan ini yang oleh para ulama disebut Fardhu Kifayah. Apabila segolongan umat melaksanaknnya, gugurlah kewajiban itu dari yang lain. Seluruh umat dikenai kewajiban itu, tetapi bila segolongan umat telah melaksanakannya, maka tertunailah kewajiban itu dari yang lain.


~Matlamat dan Kepentingan


*Menyelamatkan diri dari azab ALLAH. An-Nisa (97). Ditujukan kepada sesiapa yang berada dalam daerah kafir sedangkan ia mampu berhijrah ke tempat lain. Ia dikira menzalimi dirinya sendiri jika terus tinggal di daerah itu tanpa melaksanakan ajaran ALLAH.
*Menyelamatkan ummah. Umat zaman ini mengambil barat sebagai panduan dan rujukan. Umat perlu kembali kepada Islam.
*Memenuhi sifat mukmin sejati. Tidak lengkap iman seseorang itu selagi dia tidak pergi berdakwah.
*Membezakan diri daripada golongan munafiq. At-Taubah (67). Orang munafiq menyuruh kepadda yang mungkar, mencegah yang makruf.
*Mewarisi jalan Rasulullah.
*Memastikan keutuhan ummah. Al-Maidah (2)


~Tambahan


*ALLAH lebih mencintai hambaNya yang masih muda yang beribadah kepadaNya berbanding hambaNya yang telah tua.
*Jalan dakwah tiada penghujung. Kita bukan pemula, bahkan bukan juga pengakhir. Kita hanyalah penyambung.
*Kalau ianya senang, bukan dakwah namanya. Kebenaran takkan tercapai dengan mudah. ALLAH pasti mengujinya dulu.


Sampai di sini sahaja perkongsian ana kali ini. Semoga antum semua mendapat manfaat, insyaALLAH.

4 ulasan: