Rabu, 20 Julai 2011

Dah Sedia ke?


Assalamualaikum w.b.t.


Actually aku tidak rasa entry kali ini layak untuk ditulis oleh insan seperti aku. Sebab rasa tidak layak untuk mengingatkan orang lain sedang diri ini turut alpa dalam kelalaian.


Tetapi, aku tetap meneruskan niat untuk menulis entry kali ini dengan tujuan mengingatkan diri sendiri. InsyaALLAH.


Minggu lepas, nampak kemalangan waktu menjemput adik balik dari sekolah. Sebuah kereta tidak bergerak kerana melanggar kereta di hadapannya sementara sebuah kereta lagi melanggar belakangnya. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kereta tersebut remuk.


Tidak tahulah salah siapa sebab time aku datang, kereta itu memang sudah tidak bergerak. Tetapi, kereta dihadapan dan belakangnya tidak mengalami kerosakan yang teruk. Kemik pun macam tidak ada. 


Alhamdulillah, tiada kehilangan jiwa.


Lepas itu, aku jemput adik yang sekolah menengah pula. Sebuah motosikal kemalangan. Terjatuh agaknya. Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa even ada dua mangsa yang tercedera.


Dalam perjalanan balik, nampak sebuah rumah penuh dikerumuni orang. Ramai sangat.


Seorang insan telah pergi menghadap ilahi. Semoga ruhnya dirahmati ALLAH. Alangkah beruntungnya beliau kerana meninggal pada hari Jumaat, penghulu segala hari, hari paling mulia. Dan solat jenazahnya selepas solat Jumaat. Ramai yang menyembahyangkan jenazah.


Bagaimana pula nasib kita nanti ya? Adakah ramai yang menyembahyangkan jenazah kita? wallahualam.


Adakah nasib kita seperti Uwais Al-Qarni? Tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.


http://fisan.wordpress.com/2007/03/18/uwais-alqarni-terkenal-di-langit-tak-terkenal-di-bumi/


Dua hari lepas, jiran selang satu buah rumah meninggal dunia. Baru berumur 25 tahun. Muda lagi bukan?


Bagaimana pula dengan nasib kita nanti? Adakah kita pergi awal ataupun sebaliknya? wallahualam.


Adakah sudah cukup bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH?


Sudah bersedia ke? 



Sempatkah kita betaubat nanti?


Hanya ALLAH sahaja yang tahu

.Ajal yang datang di muka pintu 
Tiada siapa yang memberi tahu
 Tiada siapapun dapat hindari
 Tiada siapapun yang terkecuali 
~Menanti Di Barzakh, Far East~


p/s Nasib orang kita boleh nampak,nasib kita nanti bagaimana? wallahualam

2 ulasan: