Khamis, 14 Julai 2011

Nikmat ALLAH jgn salah guna,nnt ALLAH tarik,jgn mnyesal plak


Nikmat ALLAH jgn salah guna,nnt ALLAH tarik,jgn mnyesal plak
Selagi nikmat itu ada, janganlah disalah guna.


Assalamualaikum w.b.t.

Aku ingat lagi malam tadi. "kaki lang mak tengok dah makin terhincut-hincut. Makin nampak da beza panjang kaki tu". Owh, aku agak terpana mendengarnya.


Jauh di lbuk hati ini terasa, yes, im going to be lame aka 'tempang' later. Waktu ni baru aku sedar, patut pun bila slat,besar je aku punya jarak antara kaki, patut pun terasa senget ja bila duduk.


Ya, siapa yang tidak sedih. Dulu bukan main lagi bersukan bagai nak rak, lastly im going to be how im am today.


Nasihat mak ayah dengar, jangan ingkar. Aku ni la contohnya yang tak dengar kata. Mak dah kata, stop main bola. Olahraga da sampai negeri, tak payah bersukan lagi. Dah cukup da kokurikulum tu.


Aku degil, sehari sebelum pertandingan bola sepak daerah baru aku bagitau mak yang aku main bola. Memang mak dah tak boleh halang, tapi dari suara mak, aku tau mak tak suka. Tapi dah daftar kan, kena main jugak.


Aku ingat lagi, sebelum game final, lawan sekolah Dato' Mansor, aky telefon mak, "ni last game lang main, kalau terpilih pergi negeri pun,lang taknak, ni last game". Doa aku makbul, dan aku tau, ALLAH bayar cash sebab aku tak dengar cakap mak dulu.


Kaki aku patah game tu, baru 10 minit game berlangsung. Dan doktor dah nasihatkan, aku dah tak boleh bersukan macam orang lain. Kaki aku cacat. Aku tak salahkan mana-mana pihak atas kecacatan ni walaupun sebenarnya kaki aku boleh sembuh. Aku redha.


Cuma ya malam tadi, aku terasa.


Sedih sangat.


Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. 


ALLAH, ya aku mengadu pada ALLAH. Hanya dia tempat mengadu. Dan ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu. Aku tahu DIA mendengar keluhanku ini.



Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita'


Terpana aku melihatnya. Betapa sayangnya ALLAH kepadaku. ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. 


Benarlah seperti mana firman ALLAH
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


 Indah sungguh aturan ALLAH itu kan. Kini aku mengerti, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. 


If you put your whole trust in ALLAH, as you ought HE most certainly will satisfy your needs, as HE satisfies those of the birds ; They come out hungry in the morning, but return full to their nest (at-tirmidzi)

Jadi, bersabarlah. Kini aku kembali tersenyum.




p/s mungkin tahun ni last aku main uniten cup

2 ulasan: