Jumaat, 22 Julai 2011

Ultraman tu fire gune powerpoint..


Assalamualaikum w.b.t


Yang berfikiran sempit itu adalah manusia yang tertutup pintu hatinya kepada ALLAH


Engkau selalu lalai..


Tapi ALLAH selalu ingatkan..


Engkau selalu lupa..


Tetapi, ALLAH tak pernah lupa dekat engkau..


Engkau selalu gembira..


Dan ALLAH sentiasa memerhati..


Engkau selalu sedih..


Dan ALLAH sentiasa di sisi..


Engkau selalu terasa sunyi..


Dan ALLAH sentiasa disisi..


Engkau selalu memerlukan pertolongan..


Dan ALLAH sentiasa membantu..


Sedarkah engkau, ALLAH sentiasa di sisi mengingatkan, memerhati, melindungi, memberi pertolongan, dan mencintai Engkau..


Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah 
Ar-Rahman
 Dan apa yang perlu engkau lakukan?
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah
 Ingatlah ALLAH setiap saat, setiap degupan jantungmu. InsyaALLAH










p/s ditujukan kepada Muhammad Luqman Azri b Zainal Rashid

2 ulasan: