Selasa, 5 Julai 2011

Facilitator


Assalamualaikum w.b.t

"My dear,to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you loved is exciting, but to be loved by ALLAH is everything, Lien, ALLAH loves you," Asiah Yusra.
Ok. petikan di atas aku amik dari novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha. Dekat sini,aku nak story sikit tentang "to be loved by someone you loved is exciting". Aku setuju sangat dengan ayat tu. Well, it is exciting to be loved by someone you loved right.

Sebenarnya aku tak sangka langsung program fasilitator yang aku join memberi impak yang sangat besar dalam diri aku. Sebab ape aku kate macam ni ek? Ada banyak sebab senanye. Sebelum aku bagitau sebab-sebab dia, meh aku story sikit serba-serbi tentang program tu.

24.6.11
Friday.
TOT 1st day.
Pagi tu semua faci di beri sedikit briefing pasal library. Senang sikit nak bawak new students dalam library nanti.
Petang tu pulak kitorang lakukan beberapa aktiviti seperti lompat bintang milinium, buat square dalam mata tertutup dan membawa abg bob menyeberangi tasik biawak uniten.

 Menyeberangi tasik biawak


25.6.11
Saturday.
TOT 2nd day.
Waktu pagi dihabiskan dengan sedikit briefing tentang tentatif pendaftaran pelajar baru. Masing-masing di beri tugas sewaktu pendaftaran berlangsung.
Lepas tu sedikit ilmu dari Madam Haizan tentang tujuan orieentas dan cara mengendalikannya.
Petang plak senior wawasan bagi taklimat cara menguruskan pelajar baru, REPO dan beberapa games untuk diberi pada pelajar baru nanti.

James Bond 007
27.6.11
Monday.
Orientasi 1st day.
Awal-awal pagi lagi da kena bangun sebab kena ready awal dan breakfast. Sedikit frust bila tengok separuh daripada pelajar baru tak mendaftar, menjadikan hanya 72 pelajar yang hadir dari 135 orang. Bertambah sedih bila tengok list, 14 orang pelajar perempuan melayu tak datang, kecewa abe..hahaha
Petang tu pelajar baru diberi taklimat oleh dekan, dan sebagainya. Then ade pembahagian kumpulan dan ice breaking. Waktu ni lahirnya atan b ruslan. Atan conduct group 4 dengan abg N.

Ice breaking

28.6.11
Tuesday.
Orientasi 2nd day.
Actually aku lupe da program pelajar baru ni. Sebab rasa banyak sangat yang berlaku. Tak macam 4 hari.
Hari ni pelajar still kena dengar macam-macam taklimat dan dorang sume di bawa melawat library, then persembahkan cheers kumpulan masing-masing. Mereka juga wat email uniten masing-masing. Actually, abg faci pun taktau macam mane nak wat sebab takde briefing langsung pasal ni. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar even ade prob awal-awal tu.
Petang tu pelajar maen game donut. group 9 jadi johan mengalahkan group 4. Tapi group 9 dibelasah oleh abg-abg faci 3-1 walaupun berlaku ketidakadilan di situ.
tak lupa persembahan kereta F1 dari semua kumpulan.
 Malam tu juga berlaku perkara yang menyedihkan bila abg Nik terpaksa di bawa ke hospital sebab 'zikir' banyak sangat sampai membawa kepada kecederaan.

 Jaringan tunggal students mnentang abg faci
F1

29.6.11
Wednesday.
Orientasi 3rd day.
Para pelajar membentangkan pelan negara awan dorang.
Para pelajar dibawa melawat sekitar UNITEN. Patotnya lawat pagi,tapi tak jadi sebab hujan lebat. Dorang melawat petang, tu yang penat sangat tu.
Petang tu para pelajar main beberapa game seperti Polar Bear, do as i say n macam-macam lagi.
Malam tu plak sesi paling di tunggu-tunggu oleh warga faci. Sesi koyak mengoyak. Sesi ni paling bermakna dan jelas ramai yang agak koyak. Dan sesi ni jelas berjaya.

Jangan bagi tercanut tau

30.6.11
Thursday.
Orientasi last day.
Program explorace berlangsung pagi tu. Ada 9 checkpoint, minum air sirap, sudoku, timbang bola, baling selipar, menyanyi, semakin jauh semakin sayang, straw dan getah, cari gula dalam tepung, dan treasure hunt.
Sangat exciting.
Petang para pelajar diberi taklimat mengenai malam kebudayaan yang akan berlangsung di malam hari.
Acara yang ditunggu-tunggu, malam kebudayaan. sangat interesting. Group 3 dinobatkan sebagai johan explorace dan malam kebudayaan.

Gambar terakhir sebagai kenang-kenangan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasenya tu je yang berlaku sepanjang program orientasi. Tapi, nape bermakna sangat? Jangan lupa baca post terbaru nanti ea..Hehe

Group 4

p/s sori group 4 sebab macam xde faci.

2 ulasan: