Ahad, 10 Julai 2011

Perubahan


Assalamualaikum...


Hari aku nak cerita serba sedikit tentang perubahan. ataupun change. How to change your life

.
Perubahan itu perlu dirancang. Kita tidak boleh berubah secara melulu sahaja, ianya tetap perlukan perancangan. Untuk berubah, kita perlukan NIAT. Yes, we need a motive first. Niat untuk berubah kearah kebaikan atau kejahatan.





Pada aku, mestilah perubahan ke arah kebaikan kerana secara fitrahnya, manusia itu inginkan kebaikan. Sejahat-jahat manusia, jauh di dalam hatinya tersimpan satu keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Itulah iman. Dan ISLAM merupakan panduan terbaik untuk memandu diri kita supaya dapat mencapai matlamat kita untuk berada di sisi kebaikan.


Rasulullah merupakan insan yang paling mulia, kekasih ALLAH yang paling dicintai dan manusia yang paling sempurna. Dan bagindalah insan yang layak untuk dijadikan idola. Seorang sahabat pernah memberi saranan, berniatlah untuk berubah menjadi seperti baginda NABI. Itulah pilihan terbaik.

"Semua yang kita lakukan memerlukan SABAR dan IKHLAS", Adik beradik bidaBENG 
Ya, sabar dan ikhlas itu penting. Setiap dugaan, setiap cabaran dan setiap masalah yang datang,harus ditempuhi dengan sabar. Dan keikhlasan turut jadi bekalan. Ikhlas dengan tujuan kita.


Bila masalah itu datang, simpan dalam hati, pegang kata-kata ini
Tak apa, sabar. Ingat aku nak berubah, kena ikhlas. Nak contohi Rasulullah.
Kata-kata ini menjadi azimat di dalam diri agar sabar dan ikhlas untuk meneruskan perubahan itu. Bila malas tu datang, peganglah azimat tersebut.


Lepas tu, kalau nak berubah, kena mula dari sekarang. Selagi nur hidayah dari ALLAH tu masih 'merah', masih ada dalam dada, kita kena berubah. Tak boleh nak tunggu sampai hidayah tu dah hilang baru nak berubah. Dah terlambat. Semakin lambat kita berubah, semakin lama kita bertangguh untuk berubah, hati semakin degil. Hati yang degil, sukar untuk dilembutkan. Bukannya mustahil, tetapi sukar.


Hijrah ke arah kebaikan itu memerlukan masa. Tidak mungkin kita dapat berubah dalam sekelip mata melainkan dengan izin ALLAH. Tidak mungkin hari ini kita seorang mat metal, dan esok hari kita adalah seorang ustaz. Tak mustahil, tetapi ianya sukar. Oleh itu, kena cuba berubah sedikit demi sedikit. Biar perubahan itu sedikit, tetapi istiqamah. InsyaALLAH.


Akhir kata, semoga hati ini ikhlas berubah kerana ALLAH insyaALLAH tercapai.
 Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

 p/s renungan untuk diri sendiri yang ingin berubah ke arah kebaikan. InsyaALLAH. Amiin.

2 ulasan: